Translate

25 June 2023

HSR Jakarta ke Bandung akan mengambil masa 40 minit berbanding lebih tiga jam sebelum ini

  


Kelajuan HSR Jakarta-Bandung cecah 350km sejam

23 Jun 2023, 6:34pm


Kelajuan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Jakarta-Bandung berjaya mencapai kelajuan maksimum iaitu 350 kilometer sejam dalam ujian bersepadu yang dilakukan pada Khamis.


Dengan kejayaan itu, sekali gus menandakan HSR berkenaan berjaya mencapai matlamat dalam fasa ujian bersepadu.


Sejak ujian bersepadu dimulakan pada 22 Mei, Syarikat Kereta Api Antarabangsa China (CRI) bersama-sama dengan beberapa syarikat China menjalankan ujian untuk meningkatkan kelajuan tren secara berperingkat, iaitu dari 180 kilometer sejam hingga 350 kilometer sejam.


Ujian itu bagi memeriksa fungsi dan pelbagai indeks mengenai landasan, pembekalan elektrik, telekomunikasi, isyarat, penyeliaan amaran untuk memastikan kelancaran terhadap ujian fasa seterusnya serta pengoperasian rasmi.


Projek landasan sejauh 142.3 km  yang menghubungkan Jakarta dengan Bandung, bandar keempat terbesar di negara itu merupakan projek ikonik dalam pembinaan bersama Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dan kerjasama China-Indonesia.


Untuk rekod, ia juga merupakan projek pertama pembinaan HSR China di luar negara dengan segenap komponen dan rantaian perindustrian melalui teknologi dan standard China.


Apabila projek itu siap, perjalanan dari Jakarta ke Bandung akan mengambil masa 40 minit berbanding lebih tiga jam sebelum ini.  — BERNAMA-CMG














Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 5 hrs 14 mins ago
A visitor from Denver viewed 'KKM Investigating Controversial Hulu Langat MP if ' 5 hrs 20 mins ago
A visitor from Bengaluru viewed 'MUTTON VARUVAL RECIPE - A MALAYSIAN FAVOURITE | BE' 5 hrs 22 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'US Cardinal Robert Prevost elected a' 6 hrs 1 min ago
A visitor from Johor bahru viewed 'Zara Dedah Gambar Dato’ Main 4X Tapi Tak Bayar sel' 7 hrs 6 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pelancong Malaysia maut jatuh dari hotel di Phuket' 7 hrs 17 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Manchester United sahkan bawa semua pemain utama k' 7 hrs 52 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis buru tiga lelaki rompak barang kemas bernila' 8 hrs 29 mins ago
A visitor from Puchong batu dua belas viewed 'Keputusan tawar diri tanding MPP PKR kerana amanah' 8 hrs 59 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pelancong Malaysia maut jatuh dari hotel di Phuket' 9 hrs 13 mins ago