COVID-19: 7,373 kes baharu, tunjuk trend menurun
Astro Awani
Oktober 10, 2021
Ia menjadikan kumulatif kes COVID-19 yang direkodkan di Malaysia adalah 2,339,594 kes. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Malaysia merekodkan 7,373 jangkitan baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam yang lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, penambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes COVID-19 yang direkodkan di Malaysia adalah 2,339,594 kes.
"Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: covidnow.moh.gov.my
Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekali gus selepas tengah malam," katanya menerusi perkongsian di media sosial.
Mulai Sabtu, KKM tidak lagi memberi perincian atau pecahan kes harian mengikut negeri, sebaliknya ia akan dipaparkan di website COVIDNOW.
B