Translate

31 October 2021

Pemandu E-hailing Mengaku Bersalah Ugut Peminjam Wang

pemandu e-hailing 


Pemandu e-hailing mengaku bersalah ugut peminjam wang

Seorang pemandu e-hailing mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, terhadap dua pertuduhan mengugut seorang peminjam serta membantu kegiatan syarikat pinjaman wang tidak berlesen, pada September dan Isnin lalu.

Tertuduh, Mohd Fakhrul Faiz Mohamad Noh, 32, membuat pengakuan berkenaan selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Azzuin Abdul Moati.

Mengikut pertuduhan pertama, Mohd Fakhrul Faiz, bersama-sama seorang rakannya, Ridzwan Idhman Abdullah, 26, yang turut mengaku bersalah, didakwa menyimpan cat merah dan nota ugutan terhadap seorang peminjam sebuah wang syarikat tidak berlesen serta menjalankan aktiviti membantu pemberi pinjaman wang tidak berlesen.

Kesalahan itu dilakukan mereka di sebuah rumah peminjam di Taman Bayu Puteri, Johor Bahru, pada 25 Oktober lalu.

Mohd Fakhrul Faiz, turut mengaku bersalah atas satu lagi kesalahan iaitu membantu pemberi pinjaman wang tidak berlesen, September lalu.

Sumber: Harian Metro YouTube


For A Better Viewing Experience Click Play On The Video & Rotate Phone To View In Landscape Mode







Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED