Translate

30 October 2021

Mohamaddin Ketapi MP Lahad Datu tinggalkan Warisan, jadi wakil rakyat bebas mesra kerajaan

 



Mohamaddin Ketapi tinggalkan Warisan, jadi wakil rakyat bebas mesra kerajaan

ASTRO AWANI

Oktober 30, 2021 

Mohamaddin Ketapi tinggalkan Warisan, jadi wakil rakyat bebas mesra kerajaan

Mohamaddin menjelaskan, tindakannya itu tiada kaitan dengan isu 'dibeli'. - Astro AWANI

KOTA KINABALU: Situasi Parti Warisan (Warisan) yang dipimpin Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sekali lagi bergolak apabila salah seorang pemimpin veteran parti itu bertindak meninggalkan parti.

Hari ini, dalam satu sidang media, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Segama, Datuk Mohamaddin Ketapi membuat keputusan keluar Parti Warisan (Warisan) dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Mohamaddin yang juga Ahli Parlimen Lahad Datu berkata keputusan keluar parti itu dibuat beliau selepas melihat tiada sebarang bentuk pembangunan dan kemajuan dapat disalurkan di kawasan diwakilinya sepanjang berada di kerusi pembangkang.



“Sudah lebih setahun saya berada di pihak pembangkang namun tiada sebarang kemajuan yang dapat dibawa ke kawasan Parlimen Lahad Datu. Situasi sama turut berlaku di DUN Segama yang tiada menunjukkan sebarang bentuk pembangunan walaupun hanya membabitkan tandas awam," katanya.

Tambah Mohamaddin, ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 tahun lalu, beliau berjanji kepada pengundi Segama untuk membawa seberapa banyak kemajuan dan pembangunan di kawasan itu.

Ujar beliau, sekiranya beliau masih berada dalam kelompok pembangkang, sudah tentu kemajuan serta pembangunan di DUN Segama akan terus terabai dan tidak akan maju.

Beliau menjelaskan selaku wakil rakyat bebas beliau mempunyai hak untuk menyokong sebarang usaha kerajaan yang bertunjangkan kebajikan rakyat.

Tambahnya, di peringkat kerusi parlimen beliau memilih untuk kekal bebas tanpa menyokong mana-mana pihak.

Mengulas lanjut, Mohamaddin menyatakan walaupun mesra kepada kerajaan negeri bagi DUN yang diwakili namun beliau memaklumkan dirinya kekal menjadi seorang Ahli Parlimen bebas dan tidak menyokong mana-mana pihak di peringkat Persekutuan.

“Bagaimanapun, saya sangat berbesar hati untuk mengundi dan menyokong usaha Kerajaan Persekutuan sekiranya undi yang ada pada saya iaitu satu undi Bebas boleh membantu membuat keputusan demi kepentingan rakyat dan negara.

“Hal ini disebabkan sudah menjadi tanggungjawab saya sebagai wakil rakyat yang dipilih pengundi bagi menjayakan sebarang usaha kerajaan untuk negara secara keseluruhannya,” katanya.

Menyentuh isu 'beli' wakil rakyat yang memungkinkan keputusan itu dibuat beliau, Mohamaddin berkata tiada unsur pembelian dalam pengumuman yang dibuat pada Sabtu.

"Pengumuman yang saya buat hari ini adalah semata-mata demi untuk memastikan kemajuan dibangunkan di DUN Segama dan tiada kaitan dengan beli wakil rakyat," jelasnya.



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Bern viewed 'PKR election is a matter of party, not related to ' 8 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'Pope Francis has died on Easter Monday at the age ' 1 hr 51 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Pope Francis has died on Easter Monday at the age ' 2 hrs 20 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Calon PN DUN Tioman meninggal dunia | BEST FBKL' 2 hrs 33 mins ago
A visitor from Kuching viewed 'Senarai Buffet Ramadan / Buka Puasa 2023 Di Kuala ' 2 hrs 39 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Pope Francis has died on Easter Monday at the age ' 4 hrs 8 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Pope Francis has died on Easter Monday at the age ' 4 hrs 37 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Chinese President Xi begins 3-day state visit to M' 4 hrs 58 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'Pope Francis has died on Easter Monday at the age ' 5 hrs 8 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Malaysia urges citizens to leave South Sudan as se' 5 hrs 18 mins ago