Translate

31 October 2021

Polis Bongkar Pusat Hiburan Beroperasi Guna Lesen Restoran

pusat hiburan di sini yang menyalahgunakan lesen restoran 

Polis Bongkar Pusat Hiburan Beroperasi Guna Lesen Restoran

BERNAMA

GEORGE TOWN, 31 Okt -- Tindakan sebuah pusat hiburan di sini yang menyalahgunakan lesen restoran dengan menjalankan kegiatan hiburan mengundang padah apabila premis tersebut diserbu pihak polis, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Rahimi Ra’ais berkata serbuan pada pukul 11 malam itu hasil maklumat dan risikan pihaknya sejak beberapa hari lepas.

“Semasa serbuan, premis tersebut sedang memainkan muzik dengan kuat dan tiada sebarang penjarakan sosial dalam kalangan pengunjung.

"Pemeriksaan polis mendapati pusat hiburan itu beroperasi menggunakan lesen restoran bagi menjalankan perniagaan makanan, tetapi kemudian menukar aktiviti dengan menjadikan ia seperti pusat hiburan, iaitu dua jam sebelum premis ditutup pada pukul 12.00 tengah malam," katanya dalam kenyataan hari ini.

Rahimi berkata 19 warga asing masing-masing 15 lelaki pengunjung pusat hiburan dan empat wanita yang bertugas sebagai pelayan pelanggan (GRO) ditahan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan.

Katanya polis turut mengeluarkan kompaun atas kesalahan ingkar terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) kepada 39 pengunjung warga tempatan yang berhibur di situ, serta menahan seorang lelaki penjaga pusat hiburan tersebut kerana mengaji pekerja asing tanpa permit yang sah, selain dia turut dikenakan kompaun.

"Kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Timur Laut untuk siasatan lanjut,” katanya.



 
pusat hiburan di sini yang menyalahgunakan lesen restoran 

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'BARA NAGA | Co' 22 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Search results for Syed Yazid presiden' 31 mins ago
A visitor from Jambi viewed 'Wanita menari separuh bogel cemar imej Batu Fering' 33 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Federal Government approves RM16.45bil to develop ' 38 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Rupanya Mat Motor Tiga Orang Tu PoIis | BEST FBKL' 40 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Sin Chew Daily today apologised for the mistake of' 47 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'BEST FBKL' 1 hr 6 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'ASTON VILLA & DORTMUND SHOCK PSG AND BARCELONA BUT' 1 hr 40 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Selepas 30 April Tiada Maaf Bagi Mu - Amaran Perke' 1 hr 46 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bersatu deputy information chief Dato Sri Ali Moha' 1 hr 48 mins ago