Translate

31 October 2021

Pangsapuri Dijadikan Tempat Pelacuran Diserbu

empat warga asing yang menjadikan pangsapuri persendirian di Taman Usahawan


Pangsapuri dijadikan tempat pelacuran diserbu

PETALING JAYA: Kegiatan empat warga asing yang menjadikan pangsapuri persendirian di Taman Usahawan, Kepong dekat sini sebagai sarang pelacuran sejak tiga minggu lalu terbongkar selepas diserbu polis semalam.

Keempat-empat wanita berusia 26 hingga 37 tahun ditahan dalam serbuan pukul 10 malam itu.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, dalam serbuan itu, pihaknya turut merampas wang tunai anggaran RM300, kondom, minyak urut dan pelincir.

“Semua suspek ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan kerana terbabit dalam aktiviti pelacuran dan Seksyen 39B Akta Imigresen 1959/63 atas kesalahan menyalahgunakan permit pekerjaan.

“Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan tidak terbabit di dalam aktiviti tidak sihat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kes ini boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di 03-40482206.

▶️Utusan Online
30.10.2021



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Afdlin Shauki defeats Minister Nik N' 1 hr 57 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'A man who went on a rampage using a sharp weapon, ' 2 hrs ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL' 3 hrs 35 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'IMIGRESEN GEMPUR "PERKAMPUNGAN WARGA ASING" DI JAL' 3 hrs 59 mins ago
A visitor from Nizhniy novgorod viewed 'Syamsul Yusof, Puteri Sarah fail to reach divorce ' 4 hrs 10 mins ago
A visitor from Selangor viewed 'Campaign money not used, Syed Saddiq transfered fu' 5 hrs 1 min ago
A visitor from Subang jaya viewed 'Cable car crash caused by broken support cable | B' 5 hrs 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Campaign money not used, Syed Saddiq transfered fu' 5 hrs 43 mins ago
A visitor from Johor bahru viewed 'Cable car crash caused by broken support cable | B' 5 hrs 57 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Afdlin Shauki defeats Minister Nik N' 6 hrs 1 min ago