Translate

31 October 2021

Tebus e-Baucar Tunai Kempen ‘Rediscover Fun-A Theme Park Family Affair’ - MOTAC

‘Rediscover Fun A-Theme Park Family Affair’


Tebus e-baucar tunai kempen ‘Rediscover Fun-A Theme Park Family Affair’ - MOTAC

BERNAMA

KUALA LUMPUR, 31 Okt -- Orang ramai kini boleh menebus e-baucar tunai bernilai RM10 menerusi kempen ‘Rediscover Fun A-Theme Park Family Affair’, hingga 10 Dis, menurut Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Kementerian itu memaklumkan MOTAC melalui Tourism Malaysia memperuntukkan e-baucar dengan nilai keseluruhan RM400,000 dan penebusan yang boleh dibuat dengan melayari laman sesawang Persatuan Taman Tema dan Pusat Hiburan Keluarga Malaysia (MATFA), di matfa.org.my berdasarkan terma dan syarat ‘siapa cepat dia dapat’.

“Dianjurkan dengan kerjasama MATFA, pengunjung juga boleh menikmati diskaun tiket masuk sehingga 50 peratus, di lebih 25 taman tema dan pusat hiburan keluarga.

“Semua operator taman tema terlibat dijamin mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Maklumat lanjut berkenaan senarai taman tema yang mengambil bahagian serta terma dan syarat kempen, boleh layari laman sesawang matfa.org.my atau www.malaysia.travel,” menurut kenyataan di keluarkan kementerian itu dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan itu memetik Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri sebagai berkata dianggarkan 40,000 rakyat Malaysia bakal menerima manfaat daripada pelaksanaan kempen itu.

Beliau berkata MATFA turut optimistik untuk meraih 50 peratus peningkatan kunjungan orang ramai ke taman tema sepanjang kempen itu.

Katanya, program itu selari dengan Pelan Pemulihan Pelancongan bertujuan menyemarakkan kembali industri pelancongan domestik yang terkesan akibat pandemik COVID-19.


 

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED