Translate

28 October 2021

'Tandas Kayangan' Di Stesen Minyak

Datuk Dr Ahmad Omar





'Tandas kayangan' di stesen minyak

Demi mengubah persepsi tandas sebagai tempat kotor, seorang usahawan membina bilik air bertemakan kayangan di stesen minyak miliknya, dekat Melor, di Kota Bharu.

Malah, sesiapa yang singgah di stesen minyak itu untuk ke tandas pasti teruja dengan hiasan cantik bertemakan keemasan selain terdapat kemudahan seperti pendingin hawa, televisyen, meja solekan, radio serta mesin penapis air panas dan sejuk disediakan di dalam bilik air terbabit.

Pemiliknya, Datuk Dr Ahmad Omar, 84, mengakui ada sesetengah pengunjung menganggap tandas itu pelik pada awalnya, namun gembira selepas merasai sendiri pengalaman berada di bilik air bersih, selesa dan dilihat mewah.

Ahmad berkata, ramai pelanggan stesen minyak di situ tidak melepaskan peluang menggunakan tandas berkenaan, tidak kurang juga bergambar dan mengambil video kerana menganggap ia suatu kelainan.

Katanya, bagi memastikan ia sentiasa bersih dan terjaga, terdapat pekerja khusus untuk menjaga tandas ini termasuk memastikan barangan dalam keadaan selamat.

Sumber: Harian Metro YouTube

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Semenyih viewed 'Former PM Abdullah Ahmad Badawi passes away TheSta' 7 mins ago
A visitor from Malacca viewed 'Former PM Abdullah Ahmad Badawi passes away TheSta' 9 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Penetapan 20 jenis sukan teras prestasi tinggi mem' 9 mins ago
A visitor from Dusseldorf viewed 'Dakwaan projek Empangan Ulu Padas gagal tidak tepa' 12 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'LIVE Perjalanan Terakhir Tun Abdullah Ahmad Badawi' 31 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Former MIT athletes among 6 dead in NY plane crash' 33 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'Lebih 100 permohonan pas pelabur diterima JIM | BE' 41 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'LIVE Perjalanan Terakhir Tun Abdullah Ahmad Badawi' 41 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'LIVE Perjalanan Terakhir Tun Abdullah Ahmad Badawi' 42 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Former MIT athletes among 6 dead in NY plane crash' 42 mins ago