Feroz Musa |
Penganggur didakwa menyamar guna gelaran Datuk Seri Panglima
Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Khamis atas kesalahan menyamar menggunakan gelaran Datuk Seri Panglima.
Di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, tertuduh, Feroz Musa, 47, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu mengaku diri sebagai pemegang sah anugerah Datuk Seri Panglima.
Dia melakukan kesalahan itu masing-masing di Larkin Perdana pada 23 Jun tahun lalu dan Bandar Baru Uda, pada 8 Januari lalu.
Di Mahkamah Majistret, tertuduh turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menggunakan gelaran dan mempunyai dana luar negara sehingga membuatkan seorang wanita berusia 45 tahun memasukkan RM11,600 ke dalam akaun banknya.
Sumber: Harian Metro YouTube