Translate

28 October 2021

56 Pelanggan Dan Dua Pemilik Premis Hiburan Dikompaun RM130,000

Muhammad Idzam Jaafar

56 pelanggan dan dua pemilik premis hiburan dikompaun RM130,000

BERNAMA

KUALA LUMPUR, 28 Okt -- Lima puluh enam pelanggan dan dua pemilik premis hiburan berusia antara 23 hingga 51 tahun dikompaun sebanyak RM130,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara, kata Ketua Polis Daerah Cheras ACP Muhammad Idzam Jaafar.

Dua premis yang beroperasi di Taman Miharja dan Jalan Loke Yew , di sini diserbu Selasa lepas masing-masing pada pukul 10 dan 11.30 malam, katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di sini, hari ini.

Katanya, pelbagai peralatan hiburan dan 441 botol arak pelbagai jenama dirampas dalam serbuan di dua premis terbabit.

Beliau berkata, pemilik premis ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hiburan 1992 dan Seksyen 76 Akta Eksais 1976.






Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED