Translate

31 October 2021

Polis Sahkan PKR Dikompaun RM10,000 - PRN Melaka

Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin (tengah)


PRN Melaka: Polis sahkan PKR dikompaun RM10,000

BERNAMA

MELAKA, 31 Okt -- Polis hari ini mengesahkan telah mengeluarkan kompaun RM10,000 kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana mengingkari larangan Kementerian Kesihatan (KKM) dengan mengadakan ceramah bergerak.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka ACP Azlan Abu berkata kompaun itu dikeluarkan selaras dengan peruntukan 16 P.U (A) 293 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021.

"Polis telah meminta penganjur untuk memberhentikan program tersebut kerana prosedur operasi standard Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara melarang apa-apa program berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan apa-apa yang boleh menyebabkan kehadiran orang ramai di suatu tempat sehingga menyukarkan penjarakan fizikal dilakukan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Ketua Penerangan PKR Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin, yang mengesahkan perkara itu dalam sidang media hari ini, meminta KKM dan Kementerian Dalam Negeri memperinci kaedah kempen yang boleh dilakukan sepanjang PRN Melaka.

Sebelum ini, Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dan Barisan Nasional (BN) turut dikompaun kerana melanggar larangan itu.

Pada 24 Okt lepas, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dipetik sebagai berkata sebarang aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial berkaitan pilihan raya termasuk penganjuran majlis pelancaran jentera pilihan raya tidak dibenarkan berkuat kuasa 25 Okt hingga 27 Nov ini bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan dan peningkatan kes mendadak COVID-19.









Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED