Translate

24 April 2020

#Covid-19 Malaysia | Cases: New- 88 Total- 5691 Active- ICU- 41 (Ventilator- 18) | Discharged Latest- 121 Total- 3663 | Deaths: New- 1 Total- 96 (1.69%) | 24 April 2020






Kenyataan Akhbar KPK 24 April 2020 -Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 121 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 3,663 kes (64.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Bilangan kes yang didiscaj hari ini adalah melebihi bilangan kes yang dilaporkan.
BM DATA KES SETIAP NEGERI 24April-01
STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA
Sehingga 24 April 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 88 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 5,691 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,932 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.
Sehingga kini, seramai 41 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 18 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu (1) lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 96 kes (1.69 peratus daripada jumlah keseluruhan kes):
  • Kes kematian ke-96 (kes ke-2978) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 61 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang. Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif COVID-19 (iaitu kes ke-1345) yang mempunyai sejarah pulang dari negara Indonesia. Beliau telah dirawat di Hospital Sungai Buloh, Selangor pada 31 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 24 April 2020 jam 2.29 pagi.
KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga beliau.
PELANJUTAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA KEEMPAT
Seperti yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri malam tadi, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilanjutkan ke fasa keempat dari 29 April 2020 sehingga 12 Mei 2020. Sepanjang tempoh pelaksanaan PKP fasa ketiga ini, kita telah melihat tren jumlah kes baharu COVID-19 yang lebih terkawal tanpa kenaikan yang mendadak. Ini sememangnya membantu pihak KKM untuk terus mempunyai kapasiti sama ada di lapangan atau di hospital untuk terus mengenalpasti, menyaring, mengasingkan dan merawat kes-kes COVID-19.
Justeru itu, KKM menyambut baik pengumuman oleh YAB Perdana Menteri bagi pelanjutan dua (2) minggu PKP ini yang akan terus memberi ruang kepada Kerajaan memerangi penularan COVID-19 ini secara habis-habisan, sebelum dapat dinilai semula tahap keberkesanan serta keadaan semasa jangkitan COVID-19. Pihak KKM juga dapat meneruskan tindakan sedia ada, serta menggiatkan lagi usaha mengurangkan kes positif COVID-19 di Malaysia melalui pendekatan tertumpu (targeted approach). Tindakan-tindakan ini dapat dijalankan dengan lebih berkesan dengan bantuan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan juga Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Misalnya, PKPD di lapan (8) kawasan setakat ini telah dapat mengenalpasti sebanyak 618 kes positif COVID-19 (10.9 peratus daripada keseluruhan kes COVID-19).
graf-NEW-Purple-Update-case-number-covid-19 (1)
Oleh itu, rakyat Malaysia perlulah menyesuaikan diri dengan norma baru dalam kehidupan seharian kita seperti:
  • Patuh kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP);
  • Stay at home” kecuali bagi mereka yang bekerja dalam sektor yang dibenarkan serta bagi urusan-urusan penting yang dibenarkan;
  • Amalan kebersihan diri yang tinggi pada setiap masa dengan kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun;
  • Amalan jarak sosial selamat (social distancing) iaitu sekurang-kurangnya 1 meter dari orang lain.
Selain itu, seperti yang diketahui umum, fasa keempat akan menyaksikan beberapa kelonggaran dalam kawalan pergerakan secara bertahap dalam beberapa sektor termasuk sektor ekonomi. Sehubungan itu, adalah amat penting bagi majikan dan pekerja sektor-sektor berikut supaya sentiasa ikut amalan yang betul di tempat kerja masing-masing seperti:
  • Elakkan berada di kawasan yang sesak (crowded space);
  • Elakkan berada di kawasan yang tertutup (confined space)secara beramai-ramai pada masa yang sama, seperti di ruang makan (pantry) di tempat kerja;
  • Kekalkan jarak 1 meter ketika cakap bersemuka dengan orang lain (close conversation).
KESELAMATAN MAKANAN SEMPENA BULAN RAMADAN
KKM menyarankan kepada pihak yang terlibat dalam perniagaan makanan secara atas talian (online) termasuklah pengusaha, pengendali makanan dan penghantar makanan supaya sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan mematuhi garis panduan yang telah dikeluarkan oleh pihak KKM (http://fsq.moh.gov.my/v6/xs/page.php?id=441000617) . Ini untuk memastikan makanan yang disediakan kepada pengguna adalah selamat. Selain itu, mereka juga dinasihatkan untuk sentiasa mengamalkan jarak sosial yang selamat (social distancing) semasa penghantaran makanan.
garis panduan BKKM
Pada tahun 2019 terdapat sebanyak 516 kejadian keracunan makanan yang melibatkan 16,583 kes berpunca dari pengendalian makanan yang tidak bersih dan selamat. Daripada jumlah keseluruhan tersebut sebanyak 34 kejadian keracunan makanan telah berlaku pada bulan Ramadan 2019 yang melibatkan 1,032 kes. Sehubungan itu, orang ramai hendaklah sentiasa memastikan keselamatan makanan semasa membeli atau menyediakan makanan untuk diri sendiri dan ahli keluarga.
Pihak KKM juga ingin menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mengamalkan kebersihan dalam penyediaan makanan di rumah bagi mengelakkan keracunan makanan. Sentiasa amalkan konsep “Lihat, Hidu, dan Rasa” semasa bulan Ramadan sebelum menikmati juadah berbuka dan bersahur, untuk memastikan makanan tersebut selamat dimakan.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian COVID-19 melalui segala maklumat yang diperolehi dan akan dimaklumkan kepada rakyat dari semasa ke semasa.
Sekian, terima kasih.
DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

24 April 2020 @ 4.30 petang

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 24 APRIL 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERIBILANGAN KES BAHARU *BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS018
KEDAH095
PULAU PINANG0119
PERAK0252
SELANGOR18 (2)1,387
NEGERI SEMBILAN2433
MELAKA3 (2)192
JOHOR4 (3)655
PAHANG1287
TERENGGANU0110
KELANTAN0155
SABAH2311
SARAWAK9 (6)468
W.P. KUALA LUMPUR491,115
W.P. PUTRAJAYA078
W.P. LABUAN016
JUMLAH KESELURUHAN88 (13)5,691
*(  ) adalah merujuk kepada kes-kes import

PRESS STATEMENT
MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA
UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)
SITUATION IN MALAYSIA

Current Status of Confirmed COVID-19 Cases Who Have Recovered
24 April 2020 – The Ministry of Health (MOH) would like to inform that 121 cases have fully recovered and discharged well today. Cumulatively, 3,663 confirmed COVID-19 cases have fully recovered and discharged well (64.4% of total cumulative cases). The number of cases discharged today is more than the number of additional cases reported.
CONFIRM CASE BY STATE baru 24April-01
Current Situation of COVID-19 in Malaysia
24 April 2020, 12 pm – A total of 88 additional confirmed COVID-19 cases were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) MOH today. Cumulatively there are now 5,691 confirmed COVID-19 cases in Malaysia. Therefore, there are currently 1,932 active and infective COVID-19 cases. They have been isolated and provided treatment.
Currently, 41 confirmed COVID-19 cases are receiving treatment in intensive care units (ICU), and of these, 18 cases are on ventilation support.
Regretfully, one (1) additional COVID-19 death was reported to the National CPRC MOH. Cumulatively, there are now 96 COVID-19 deaths in Malaysia (1.69% of total cumulative cases):
  1. Death #96: Case 2,978 is a 61 year-old Malaysian man with a history of diabetes, hypertension and kidney disease. He was a close contact to a confirmed COVID-19 case (Case 1,345 who has a history of travelling to Indonesia). He was admitted into Sungai Buloh Hospital on 31 March 2020 and was pronounced dead on 24 April 2020 at 2.29 am.
MOH conveys condolences to the family members.
Extension of the Movement Control Order (MCO); Phase 4
As announced by the Prime Minister last night, the Movement Control Order (MCO) will be extended into Phase 4 from 29 April 2020 until 12 May 2020. During the implementation of Phase 3 of the MCO, the number of additional confirmed COVID-19 cases reported daily have been relatively stable without any sudden increase. This has assisted MOH in maintaining health system capacity, both in the field and the hospital, to continue to identify, screen, isolate and treat COVID-19 cases.
Therefore, MOH welcomes the announcement by the Prime Minister for the additional two-week extension of the MCO. This will provide the Government with further opportunity to prevent and control the spread of COVID-19 infection more aggressively, prior to a re-evaluation of the effectiveness and current COVID-19 situation in the country. MOH will continue all measures, as well as intensify efforts to further reduce COVID-19 cases through a targeted approach. Such measures can be implemented more effectively under the MCO as well as the Enhanced MCO (EMCO). For example, implementation of the EMCO in eight (8) localities have so far identified a total of 618 COVID-19 cases (10.9% of the total cumulative COVID-19 cases).
graf-NEW-Purple-Update-case-number-covid-19 (1)
As such, all Malaysians would need to adapt to the new normal in our daily lives, including:
  • Comply with the MCO
  • “Stay at home” except for those working in essential and permissible sectors, as well as for permissible urgent matters
  • Maintain high personal hygiene at all times by regularly washing hands with water and soap
  • Practice social distancing is at least 1 metre away from others
As announced, Phase 4 of the MCO will see some flexibility in movement control in a gradual manner for several sectors, including the economic sector. In this regard, it is very important for employers and employees in these sectors to practice preventive and precautionary measures in their respective workplaces at all times, including:
  • Avoid crowded spaces
  • Avoid confined spaces with many people at the same time (e.g. pantry at workplace)
  • Keep a distance of 1 metre during close conversation (talking face-to-face)
Food Safety During the Month of Ramadan
MOH recommends that everyone involved with the online food business, including business owners, food operators and food delivery providers to constantly maintain good personal hygiene and comply to all guidelines issued by the MOH (http://fsq.moh.gov.my/v6/xs/index.php). This is to ensure that the food provided to consumers are safe. In addition, they are also advised to practice social distancing during food delivery.
garis panduan BKKM
In 2019, a total of 516 food poisoning incidents involving 16,583 cases were reported, resulting from unhygienic and unsafe food handling. Of these, 34 food poisoning incidents involving 1,032 cases occurred in the month of Ramadan 2019. Therefore, the public should always ensure food safety during purchasing or preparation of meals at home for self and family members.
MOH also advises the public to constantly maintain good hygiene in the preparation of meals at home to prevent food poisoning. Everyone must always practise the concept of “Look, Smell and Taste” during the month of Ramadan before enjoying the food and drinks when breaking fast and for pre-dawn meals (sahur) to ensure that the food is safe to eat.
MOH will continue to monitor the development of the COVID-19 situation based on all available information, and the public will be continuously updated on the latest information.
Thank you.
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
Director General of Health Malaysia
24 April 2020 @ 4.30 pm
Number of Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia, by States
(Cumulative, as of 24 April 2020, 12 pm)
StateNo. of New Cases *Cumulative
Perlis018
Kedah095
Pulau Pinang0119
Perak0252
Selangor18 (2)1,387
Negeri Sembilan2433
Melaka3 (2)192
Johor4 (3)655
Pahang1287
Terengganu0110
Kelantan0155
Sabah2311
Sarawak9 (6)468
WP Kuala Lumpur491,115
WP Putrajaya078
WP Labuan016
Total88 (13)5,691
*(   ) refers to imported confirmed COVID-19 cases


Image

Laporan PKPD COVID-19 Malaysia (sehingga 24 April 2020) 39 kes positif baru dikesan di Selangor Mansion, menjadikan kes keseluruhan di lokaliti tersebut meningkat kepada 146 kes positif. Terdapat juga peningkatan kes positif baru di Kg. Sungai Lui (15 kes).

Image


Image




Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED