Translate

24 April 2020

Bapa mengaku bersalah sumbang mahram bersama anak perempuan




MKL Crimedesk

seorang lelaki berusia 46 tahun hari ini mengaku bersalah atas tuduhan cuba melakukan sumbang mahram terhadap anak perempuannya yang berusia 21 tahun.


mengikut pertuduhan yang dibaca di mahkamah sesyen, lelaki itu melakukan kesalahan pada april 2015 di shah alam.


pertuduhan ini di bawah seksyen 376(b)(1) kanun keseksaan boleh dibaca bersama dengan seksyen 511 akta yang sama, membawa hukuman penjara tidak kurang 10 tahun tidak lebih 30 tahun beserta sebatan.

hakim mohd sabri ismail kemudian menetapkan ikat jamin sebanyak rm7,000.

mahkamah juga mengarahkan tertuduh yang merupakan seorang peniaga melaporkan diri ke balai polis berdekatan sekali setiap bulan.

sementara itu, di mahkamah majistret pula, tertuduh dihadapkan dengan tiga pertuduhan mencabul tiga anak perempuannya berusia 15, 17 dan 21 tahun dan dua dakwaan lain lagi.

semua pertuduhan di bawah seksyen 354 kanun keseksaan yang mana setiap kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun, denda atau sebatan.

tertuduh ketika mendengar pertuduhan mengaku bersalah terhadap dua daripada tiga dakwaan mencabul tersebut.

pertuduhan keempat pula adalah dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap anak perempuan, 17 tahun pada 11 mac 2020, membawa hukuman penjara setahun atau denda rm2,000 atau kedua-duanya jika disabit kesalahan, di bawah seksyen 323 kanun kesekaan.

kelima iaitu terakhir, adalah tuduhan memiliki video lucah.
kesalahan ini di bawah seksyen 292 kanun keseksaan, penjara tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

tertuduh mengaku bersalah untuk kedua-dua tuduhan tersebut.
majistret erry shahriman nor aripin kemudian menetapkan ikat jamin berjumlah rm15,500 untuk kelima-lima pertuduhan.

tertuduh juga tidak dibenarkan mendekati ketiga-tiga anak perempuannya.
mahkamah menetapkan 29 jun 2020 sebagai tarikh jatuh hukum dan serahan dokumen



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'GARA - GARA TERTEKAN PEDAL MINYAK TEKSI REMPUH BAN' 18 mins ago
A visitor from Cambridge viewed 'One of the two women in the Viral Pictures Noorhai' 2 hrs 5 mins ago
A visitor from St petersburg viewed '10 Remaja Lelaki Rogol Kanak- Kanak 12 Tahun(1 Vid' 4 hrs 46 mins ago
A visitor from Chelyabinsk viewed 'SAC Normah Ishak is now the new Royal Malaysian Po' 4 hrs 46 mins ago
A visitor from Muscat viewed '15 countries have sent trade deal p' 6 hrs 15 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'BAYI LELAKI MAUT TASKA TERBABIT TIDAK TERDAFTAR | ' 8 hrs 31 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 8 hrs 56 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed '(G)I-DLE & BamBam make history, first K-pop concer' 8 hrs 58 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'A security van set on fire after RM3.3mil cash was' 9 hrs 10 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'Helicopter with Tourist Family crashes into Hudson' 9 hrs 25 mins ago