Translate

23 April 2020

#Covid-19 Malaysia | Cases: New- 71 Total- 5603 Active- 1966 ICU- 42 (Ventilator- 21) | Discharged Latest- 90 Total- 3542 (63.2%) | Deaths: New- 2 Total- 95 (1.7%) | 23 April 2020






Kenyataan Akhbar KPK 23 April 2020 -Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 90 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 3,542 kes (63.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Seperti tren yang dilihat kebelakangan ini, bilangan kes yang didiscaj hari ini adalah melebihi bilangan kes yang dilaporkan.
BM DATA KES SETIAP NEGERI 23April-01
STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA.
Sehingga 23 April 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 71 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 5,603 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,966 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.
Sehingga kini, seramai 42 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 21 kes memerlukan bantuan pernafasan.
graf-NEW-Purple-Update-case-number-covid-19
Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan dua (2) lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 95 kes (1.70 peratus daripada jumlah keseluruhan kes):
  • Kes kematian ke-94 (kes ke-3871) merupakan perempuan warganegara Malaysia berumur 32 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi. Beliau merupakan anggota perubatan KKM dan mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif COVID-19 iaitu kes ke-3662 (yang berkaitan dengan kluster hospital pakar Muar, Johor). Beliau telah dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Johor pada 6 April 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 23 April 2020 jam 12.36 tengah malam. Ini merupakan kematian ketiga di kalangan anggota kesihatan KKM.
  • Kes kematian ke-95 (kes ke-4129) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 67 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung dan penyakit buah pinggang. Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif COVID-19 iaitu kes ke-1575 (yang berkaitan dengan kluster PUI Bali). Beliau telah dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Pahang pada 8 April 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 22 April 2020 jam 11.48 malam.
KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.
STATUS TERKINI KES COVID-19 DI KALANGAN ANGGOTA KKM
Pihak KKM ingin memaklumkan bahawa sehingga 23 April 2020, dilaporkan terdapat seramai 325 anggota KKM yang dikesan positif COVID-19 (iaitu 5.8 peratus daripada jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia). Daripada jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di kalangan anggota KKM, sebanyak:
  • 185 kes telah pulih sepenuhnya dan didiscaj
  • 137 kes sedang dirawat di hospital
  • 3 kes kematian
Kes-kes ini terdiri daripada:
  • 77 orang Pegawai Perubatan;
  • 66 orang jururawat;
  • 34 orang Pegawai Perubatan Siswazah;
  • 23 orang Pakar Perubatan;
  • 21 orang Penolong Pegawai Perubatan;
  • 104 lain-lain skim perkhidmatan.
Berdasarkan siasatan, punca jangkitan bagi kesemua anggota KKM ini BUKAN disebabkan oleh pengendalian kes yang telah disahkan positif COVID-19 di fasiliti Kesihatan KKM. Didapati, 70 peratus kes adalah berpunca daripada aktiviti persendirian misalnya menghadiri majlis keraian, ke luar negara dan sebagainya.
NASIHAT KESIHATAN COVID-19 BAGI ANGGOTA KESIHATAN
KKM ingin menyeru supaya semua anggota kesihatan dan barisan hadapan (frontlinersSENTIASA mengamalkan langkah-langkah pencegahan seperti berikut:
  • Memastikan tangan sentiasa bersih
  • Mengelak berada di kawasan yang sesak (crowded space) dan kawasan yang tertutup (confined space) secara beramai-ramai pada masa yang sama, seperti di ruang makan (pantry) di tempat kerja,
  • Kekalkan jarak 1 meter ketika cakap bersemuka dengan orang lain (close conversation);
  • Memastikan kawasan kerap disentuh adalah bebas daripada kuman, termasuk di kawasan yang kerap digunakan secara bersama oleh ramai petugas misalnya ruang makan di tempat kerja;
  • Menggunakan alat pelindung diri mengikut keperluan terutamanya mengamalkan penggunaan alat penutup mulut dan hidung (face mask) semasa mengendalikan pesakit dan menggunakan PPE yang sesuai apabila melaksanakan sebarang prosedur klinikal.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian COVID-19 melalui segala maklumat yang diperolehi dan akan dimaklumkan kepada rakyat dari semasa ke semasa.
Sekian, terima kasih.
DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

23 April 2020 @ 5.00 petang

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 23 APRIL 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERIBILANGAN KES BAHARUBILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS018
KEDAH095
PULAU PINANG0119
PERAK0252
SELANGOR121,369
NEGERI SEMBILAN20431
MELAKA0189
JOHOR3651
PAHANG1286
TERENGGANU1110
KELANTAN0155
SABAH1309
SARAWAK4459
W.P. KUALA LUMPUR291,066
W.P. PUTRAJAYA078
W.P. LABUAN016
JUMLAH KESELURUHAN715,603

PRESS STATEMENT
MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA
UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)
SITUATION IN MALAYSIA
Current Status of Confirmed COVID-19 Cases Who Have Recovered
23 April 2020 – The Ministry of Health (MOH) would like to inform that 90 cases have recovered and discharged well today. Cumulatively, 3,542 confirmed COVID-19 cases have fully recovered and discharged (63.2% of total cumulative cases). As reported of late, the number of cases discharged well is more than the number of additional cases reported daily.
Current Situation of COVID-19 in Malaysia
23 April 2020, 12 pm – A total of 71 additional confirmed COVID-19 cases were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) MOH today. Cumulatively there are now 5,603 confirmed COVID-19 cases in Malaysia. Therefore, there are currently 1,966 active and infective COVID-19 cases. They have been isolated and provided treatment.
Currently, 42 confirmed COVID-19 cases are receiving treatment in intensive care units (ICU), and of these, 21 cases are on ventilation support.
Regretfully, two (2) additional COVID-19 deaths were reported to the National CPRC MOH. Cumulatively, there are now 95 COVID-19 deaths in Malaysia (1.70% of total cumulative cases):
  1. Death #94: Case 3,871 is a 32 year-old Malaysian woman with a history of hypertension. She was an MOH healthcare worker (HCW) and history of close contact to a confirmed COVID-19 case (Case 3,662; which is related to the Muar specialist hospital cluster). She was admitted into Enche’ Besar Hajjah Khalsom Hospital, Johor on 6 April 2020 and was pronounced dead on 23 April 2020 at 12.36 am. This is the third death amongst MOH HCW.
  2. Death #95: Case 4,129 is a 67 year-old Malaysian man with a history of diabetes, hypertension, heart disease and kidney disease. He was a close contact to a confirmed COVID-19 case (Case 1,575; which is related to the Bali PUI cluster). He was admitted into Tengku Ampuan Afzan Hospital, Pahang on 8 April 2020 and was pronounced dead on 22 April 2020 at 11.48 pm.
MOH conveys condolences to all the family members.
Current Status of COVID-19 Amongst MOH Healthcare Workers
As of 23 April 2020, MOH wishes to report that a total of 325 MOH HCWs have been found to be positive for COVID-19 (i.e. 5.8% of total cumulative confirmed cases in Malaysia). Of these 325 cases:
  • 185 cases have fully recovered and discharged well
  • 137 cases are receiving treatment in hospitals
  • 3 deaths
These cases were amongst:
  • 77 Medical Officers
  • 66 nurses
  • 34 House Officers
  • 23 Clinical Specialists
  • 21 Assistant Medical Officers
  • 104 from other services’ schemes
Investigations have found that none of these infection amongst MOH HCWs were due to managing confirmed COVID-19 cases in MOH healthcare facilities. Thus far, 70% of the cases were due to personal activities outside of work, such as attending social functions and travelling overseas.
Health Advisory on COVID-19 for Healthcare Workers
MOH strongly urges all HCWs and frontliners to always practice precautionary and preventive measures such as:
  • Maintaining good hand hygiene
  • Avoiding crowded spaces and confined spaces (e.g. pantry) at workplaces
  • Maintaining a distance of at least 1 metre during face-to-face or close conversations
  • Ensuring commonly touched surfaces are regularly cleaned and disinfected, including commonly used spaces or areas by HCWs e.g. dining areas and common rooms at workplaces
  • Using personal protective equipment as required, especially face masks when handling patient and wearing the appropriate PPE during all clinical procedures.
MOH will continue to monitor the development of the COVID-19 situation based on all available information, and the public will be continuously updated on the latest information.
Thank you.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
Director General of Health Malaysia
23 April 2020 @ 5.00 pm

Number of Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia, by States
(Cumulative, as of 23 April 2020, 12 pm)
StateNo. of New CasesCumulative
Perlis018
Kedah095
Pulau Pinang0119
Perak0252
Selangor121,369
Negeri Sembilan20431
Melaka0189
Johor3651
Pahang1286
Terengganu1110
Kelantan0155
Sabah1309
Sarawak4459
WP Kuala Lumpur291,066
WP Putrajaya078
WP Labuan016
Total715,603

Image
Image
Image



Image
Image





Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED