Translate

09 February 2019

Teka-teki siapa Ketua Polis Negara (KPN) baharu akan diputuskan dalam mesyuarat antara Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad,



Muhyiddin ketika sidang media selepas mempengerusikan perjumpaan bersama Jawatankuasa Bersatu Hulu Langat di Semenyih, hari ini. - Foto BERNAMA
KPN, timbalan yang baharu akan diputuskan dalam masa terdekat


Oleh Fahmy A Rosli
fahmy.azril@bh.com.my


SEMENYIH: Teka-teki siapa Ketua Polis Negara (KPN) baharu akan diputuskan dalam mesyuarat antara Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam tempoh terdekat.



Selain itu, jawatan nombor dua iaitu Timbalan KPN yang baharu juga akan diputuskan dalam mesyuarat itu.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada sidang media di pusat rekreasi Semenyih Ecoventure Resort & Recreation, hari ini.


Muhyiddin berkata, senarai calon bagi menggantikan dua jawatan penting polis itu akan dimuktamadkan dalam tempoh terdekat.

“Insya-Allah, saya akan berbincang dengan Perdana Menteri (Dr Mahathir) dan akan diputuskan dalam tempoh terdekat kerana tempoh bersara sudah hampir tiba dan ini akan diputuskan Dr Mahathir,” katanya.


Kenyataan oleh Muhyiddin itu sekali gus menenggelamkan cakap-cakap bahawa KPN, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun dan timbalannya, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, bakal menamatkan kontrak perkhidmatan masing-masing pada bulan Mei ini.


Pada 4 September 2017, Mohamad Fuzi, yang sebelum itu memegang jawatan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, dilantik mengisi jawatan nombor satu Polis Diraja Malaysia bagi menggantikan Tan Sri Khalid Abu Bakar yang bersara secara rasmi ketika itu.


Bagi Noor Rashid, beliau dilantik sebagai Timbalan KPN pada 1 Disember 2014 dan sebelum dilantik ke jawatan itu menggantikan Tan Sri Mohd Bakri Mohd Zinin, beliau pernah memegang jawatan Pengarah Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN).


Beliau pernah dilaporkan akan bersara wajib pada 17 Mac tahun lalu, namun tempoh perkhidmatannya disambung setahun lagi.

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED