
PELANTIKAN PENGERUSI TEKUN NASIONAL BAHARU
Pejabat Menteri Pembangunan Usahawan hari ini mengumumkan pelantikan YBhg. Dato’ Sri Mohamad Suparadi Md Noor sebagai Pengerusi TEKUN Nasional.
Dato’ Sri Mohamad Suparadi Md Noor merupakan Pengerusi Eksekutif DSN Group of Companies. Beliau mempunyai pengalaman yang meluas dalam bidang berkaitan pembangunan produk, kewangan dan pelaburan dalam pelbagai sektor.
Menteri Pembangunan Usahawan turut mengumumkan pelantikan Puan Wan Suraya Binti Wan Mohd Radzi, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) sebagai Ahli Lembaga Pengarah TEKUN Nasional.
Kesemua pelantikan ini adalah tertakluk kepada proses kelulusan yang sewajarnya.