Translate

24 October 2018

Irwan Siregar dibayar RM2.94 juta untuk 7 tahun di perbendaharaan’ dan RM3.8 million sebagai lembah pengarah syarikat Milik Menteri Kewangan


‘Irwan Serigar dibayar RM2.94 juta untuk 7 tahun di perbendaharaan’
Mohamad Fadli
-October 24, 2018 3:26 PMLim Guan Eng berkata, pendapatan Irwan sebagai lembaga pengarah syarikat MKD bagi 2012 hingga Jun 2018 adalah RM3.8 juta. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Pendapatan bekas ketua setiausaha perbendaharaan, Tan Sri Irwan Serigar Abdullah dari Januari 2011 hingga Jun lalu berjumlah RM2.94 juta, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Beliau berkata, jumlah itu ialah gaji Irwan ketika menjadi timbalan dan ketua setiausaha perbendaharaan, tidak termasuk pendapatan lain seperti elaun sebagai ahli lembaga pengarah yang jauh lebih besar.

“Irwan telah dinaikkan pangkat sebagai timbalan ketua setiausaha perbendaharaan (Dasar) pada 31 Disember 2010.

“Beliau telah dilantik sebagai ketua setiausaha perbendaharaan pada 24 Ogos 2012 dan bersara wajib pada 6 Mac 2017. Beliau seterusnya telah dilantik ke dalam perkhidmatan kontrak mulai 7 Mac 2017 sehingga 6 Mac 2019.



“Bagaimanapun, perkhidmatan beliau disingkatkan kepada 13 Jun 2018,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Lim Lip Eng (PH-Kepong) di Dewan Rakyat hari ini.

Lim berkata, Irwan turut memegang jawatan pengerusi bukan eksekutif, pengarah bukan bebas eksekutif atau pengarah dalam 23 syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD).

“Pendapatan Irwan sebagai lembaga pengarah syarikat MKD bagi 2012 hingga Jun 2018 adalah RM3.8 juta.”

Irwan pernah menjadi pengerusi bukan eksekutif di 15 daripada 23 syarikat MKD, termasuk 1MDB, Bandar Malaysia Sdn Bhd, Malaysia Rail Link Sdn Bhd, Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd, Aroma Teraju Sdn Bhd, Cyberview Sdn Bhd dan Wakala Global Sukuk Bhd.

MKD ialah badan korporat ditubuhkan di bawah Akta Menteri Kewangan (Pemerbadanan) 1957 yang memberi kuasa kepadanya menyertai kontrak, mengambil alih, membeli, mengambil, memegang dan menikmati segala harta alih serta harta tidak alih.


NO WONDER HE WAS STILL DANCING

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED