Translate

21 October 2018

KKM sedang meminda undang-undang sedia ada untuk mengawal selia rokok elektronik atau vape dan shisha.


Pinda undang-undang rokok elektronik

SAIFULLAH AHMAD
20 OKTOBER 2018

Boon Chye mengetuk gong sebagai simbolik perasmian persidangan berkenaan.
A-A+ (Ubah saiz teks)


IPOH - Kementerian Kesihatan (KKM) sedang meminda undang-undang sedia ada untuk mengawal selia rokok elektronik atau vape dan shisha.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, undang-undang sedia ada hanya membabitkan kawalan produk yang mengandungi nikotin seperti rokok di bawah Akta Racun 1952 dan Akta Makanan 1983.


Beliau berkata, tindakan tidak boleh dibuat ke atas penggunaan vape dan shisha memandangkan tidak ada peruntukan undang-undang yang mengawal melainkan ada unsur nikotin.

"Kita akan bentang usul ini di Parlimen untuk dibincangkan dalam masa terdekat selepas kita dapat maklum balas daripada Pejabat Peguam Negara.


"Dengan adanya undang-undang ini nanti, kita boleh ambil tindakan terhadap penggunaan vape dan shisha ini," katanya kepada media, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Kardiovaskular Perak di WEIL Hotel, di sini.

Sebelum ini KKM mengumumkan mulai 1 Januari 2019, kementerian akan mengisytiharkan semua restoran termasuk gerai dan warung di tepi jalan di seluruh negara sebagai kawasan larangan merokok.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED