Translate

08 October 2018

Wani Hasrita Menegaskan Dia Tidak Membeli Undi untuk memenangi Anugerah Bintang Popular ABPBH31


"Kalau beli undi, baik mereka tidur sahaja" - Wany Hasrita

Diterbitkan: Isnin, 8 Oktober 2018 12:51 PM
Wany tegaskan dia dan peminatnya tidak membeli undi untuk menang anugerah utama ABPBH31.
  (Ubah saiz teks)
PUTRAJAYA: Penyanyi Wany Hasrita menegaskan dia dan peminatnya tidak membeli undi semata-mata untuk memenangi Anugerah Bintang Paling Popular ABPBH31.
Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 26, berkata dia melihat sendiri usaha keras peminatnya yang mengundi setiap sejam tanpa tidur.
"Alhamdulillah kelab peminat saya mempunyai pemikiran yang sangat ke hadapan. Mereka hanya gunakan pelbagai sumber seperti komputer peribadi yang banyak.
"Peminat atau pihak pengurusan saya tak keluarkan duit pun untuk membeli undi. Kalau beli undi, kenapa mereka tak tidur malam. Baik mereka tidur sahaja.
image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/10/08/wany-hasrita-undi/~/media/1123ef7e4d6d4e2fb425906767b30042.ashx?la=en

Wany bawa pulang dua trofi utama ABPBH31. Foto: FAIHAN GHANI.
"Setiap sejam mereka undi. Sebab itu saya cakap mereka undi sampaikan tak tidur," katanya kepada mStar Online.
Wany ditemui ketika malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 31 (ABPBH31) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, malam Ahad.
Penyanyi lagu Menahan Rindu ini turut membawa pulang trofi kategori Penyanyi Wanita Popular menumpaskan calon lain seperti Ara Johari, Siti Nordiana, Nur Fazura dan Stacy.
Dalam pada itu, Wany tidak menjangkakan kemenangan itu berpihak kepadanya memandangkan tahun ini tidak banyak pencapaian atau perkara positif berlaku padanya.
image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/10/08/wany-hasrita-undi/~/media/5adf0b871b24420580b278dc27f4d906.ashx?la=en

Wany turut memenangi anugerah kategori Penyanyi Wanita Popular ABPBH31. Foto: FAIHAN GHANI.
Bagaimanapun, penyanyi wanita ini mengucapkan terima kasih kepada kelab peminatnya terutama The Nizers yang tidak berhenti mengundi dari awal lagi.
"Saya tak jangka pun kemenangan ini sebab saya tak rasa tahun ini adalah tahun saya. Kita mesti tahu dan menyedari kalau ada sesuatu pada tahun ini.
"Macam tahun lepas lagu Menahan Rindu meletup-letup. Tapi tahun ini macam tak banyak perkara positif berlaku. Kita pun sendiri sedar kita patut menang atau tidak.
"Apa-apa pun saya ingin berterima kasih kepada peminat terutamanya The Nizers yang bekerja keras dari awal mengundi saya," ujarnya.

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/10/08/wany-hasrita-undi/#htSx4yjQOLwggAm6.99

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED