Translate

15 October 2018

Video tular aksi berlagak KJ bila bersalam dengan Menteri Belia dan Sukan, YB Saddiq

Video tular aksi berlagak KJ bila bersalam dengan Menteri Belia dan Sukan, YB Saddiq


KJ beri penghormatan sambut atlet paralimpik

Walaupun tidak lagi bergelar menteri belia dan sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengakui beliau masih mengambil berat mengenai perkembangan semasa atlet paralimpik negara.
Beliau menjelaskan hubungannya dengat atlet paralimpik negara adalah rapat sejak menyandang jawatan berkenaan di bawah kepimpinan kerajaan terdahulu.
“Sepanjang menjadi menteri, saya banyak terlibat dengan mereka (atlet paralimpik) dan telah bersama-sama dengan mereka sejak muda lagi.
“Jadi, oleh kerana saya tak dapat pergi ke (Sukan Para Asia) di Jakarta baru- baru ini, saya ambil kesempatan hari ini untuk beri penghormatan kepada mereka di sini,” katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum menyambut kepulangan kumpulan terakhir atlet paralimpik negara, di Sepang, malam ini.
Selain Khairy, ketibaan atlet paralimpik turut disambut oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Anggota Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar, serta pegawai Majlis Sukan Negara (MSN) dan ahli keluarga atlet paralimpik masing-masing.

Rangkul 17 emas Sukan Para Asia 2018

Pada masa sama, Khairy, yang merupakan anggota Parlimen Rembau, turut menzahirkan ucapan tahniah terhadap kejayaan kontinjen paralimpik negara yang berjaya meraih 17 pingat emas pada Sukan Para Asia 2018.
“Tahniah kepada kontinjen para negara kerana telah mencatat dan mencapai prestasi terbaik negara dalam sejarah sukan para Asia.
“Ini adalah satu kejayaan yang luar biasa dan kejayaan ini menandakan sukan para negara semakin meningkat dari segi prestasi dan pencapaiannya sekali gus memberi petanda baik untuk ke Sukan Paralimpik 2020 yang akan berlangsung di Tokyo nanti,” jelas Khairy.
Malaysia menamatkan cabaran Sukan Para Asia 2018 di kedudukan kelapan dengan meraih 17 emas, 26 perak dan 25 gangsa, sekali gus mengatasi pencapaian pada edisi 2014 di Incheon, Korea Selatan dengan kutipan 15 emas, 20 perak dan 27 gangsa.
– Bernama

Aksi berlagak KJ bila bersalam dengan  YB Saddiq

Tular sebuah video KJ tidak memandang  muka ketika  bersalam dengan Yb Syed Saddiq. Dalam video tersebut Yb Syed Saddiq bersalam dengan  semua tetamu yang hadir, tetapi  ketika Yb Syed Saddiq menghulurkan tangan bersalam dengan KJ, dia hanya menghulurkan tangan dan berpaling muka seolah2 tidak hormat kepada Menteri Belia dan sukan itu. Kejadian tersebut berlaku  ketika  sebuah acara menyambut ketibaan atlet paralimpik .
Selain KJ, acara tersebut turut disambut oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Anggota Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar, serta pegawai Majlis Sukan Negara (MSN) dan ahli keluarga atlet paralimpik masing-masing.
VIDEO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED