Translate

15 October 2018

Elite menjadi peserta kedua tersingkir pada konsert minggu ketiga Gegar Vaganza musim kelima (GV5)


Elite tersingkir di minggu ketiga Gegar Vaganza 5

Madiha Abdullah, Astro Awani | Oktober 15, 2018 00:00 MYT


Elite yang menyanyikan lagu nyanyian asal Melly Goeslaw berjudul 'Ku Bahagia', mendapat markah terendah daripada juri profesional.
SHAH ALAM: Selepas berjaya bertahan selama tiga minggu, Elite menjadi peserta kedua tersingkir pada konsert minggu ketiga Gegar Vaganza musim kelima (GV5) yang berlangsung di Wisma Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) malam Ahad.

Pada konsert berkenaan, Elite yang menyanyikan lagu nyanyian asal Melly Goeslaw berjudul 'Ku Bahagia', mendapat markah terendah daripada juri profesional.

Gegar Vaganza musim kelima menampilkan Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim sebagai juri tetap manakala Datuk Nash tampil sebagai juri jemputan.

Kesemua peserta diadili 100 peratus menerusi pemarkahan daripada barisan juri.

Juara Gegar Vaganza musim kelima bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara dan RM30,000 bagi tempat ketiga.

Tempat keempat, kelima dan keenam pula masing-masing bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000, RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi.

GV5 disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).




Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ringgit terus alami penurunan berbanding dolar AS ' 42 secs ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BARA NAGA FILEM AKSI PALING EPIK T' 1 min ago
A visitor from Ashburn viewed 'BARA NAGA FILEM AKSI PALING EPIK T' 4 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Dua individu ditahan terlibat sindiket menyamar ej' 5 mins ago
A visitor from Phoenix viewed 'FBM KLCI ditutup hampir tidak berubah berikutan se' 13 mins ago
A visitor from Semenyih viewed 'New Cabinet List As Announced by PM Anwar Ibrahim ' 13 mins ago
A visitor from Edison viewed 'Pemilik restoran mengaku bersalah pamer logo halal' 16 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'BEST FBKL' 17 mins ago
A visitor from Semenyih viewed 'Angin kencang, ribut petir dijangka landa utara Se' 22 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Zambry ke Turkiye, Arab Saudi, perkukuh kerjasama ' 26 mins ago