Translate

13 August 2018

Tengku Arif Bendahara Pahang Tengku Tan Sri Abdullah Sultan Abu Bakar, 78, meninggal dunia


SINAR HARIAN


KUANTAN – Adinda kepada Sultan Pahang, Tengku Arif Bendahara Pahang Tengku Tan Sri Abdullah Sultan Abu Bakar, 78, meninggal dunia di Hospital Gleneagles, di ibu negara pagi ini akibat sakit barah.


Adinda kepada Tengku Abdullah, Datuk Seri Sulaiman Sultan Abu Bakar berkata, kekandanya meninggal dunia kira-kira 11.30 pagi ini


“Beliau dibawa pulang ke Pekan untuk disemadikan di Makam Diraja Pekan petang ini,” katanya yang dihubungi Bernama di sini.

Tengku Arif Bendahara adalah bapa mertua kepada bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau meninggalkan seorang isteri Puan Sri Habibah Yusof dan tiga anak iaitu Tengku Marsilla, Tengku Bakar dan Tengku Shaheera. - Bernama


Image result for tengku arif bendahara pahang

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED