Translate

08 August 2018

SPRM tahan 17 pengawal keselamatan Jabatan Perdana Menteri (JPM) seleweng dana PRU14 RM3.5 juta




17 pengawal keselamatan JPM ditahan seleweng dana PRU14 RM3.5 juta

Bernama | August 8, 2018



Antara yang direman adalah seorang pegawai keselamatan gred 52 dan selebihnya pengawal keselamatan gred 11 hingga 38.



Seramai 17 pengawal keselamatan JPM berusia 31 hingga 51 tahun direman 5 hari sehingga Ahad ini untuk membantu siasatan kes penyelewengan dana PRU14 berjumlah RM3.5 juta. (Gambar Bernama)

PUTRAJAYA: Seramai 17 pengawal keselamatan Jabatan Perdana Menteri (JPM) direman 5 hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana pilihan raya umum ke-14 (PRU14) berjumlah RM3.5 juta.

Majistret Siti Nabilah Abd Rashid mengeluarkan perintah reman sehingga Ahad ini selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengemukakan permohonan di Mahkamah Majistret Putrajaya, hari ini.

Terdahulu, semua lelaki berumur 31 hingga 51 tahun itu tiba di mahkamah pada 9.15 pagi dengan sebuah bas serta berpakaian lokap SPRM berwarna jingga dan tangan bergari.

Antara yang direman adalah seorang pegawai keselamatan gred 52 dan selebihnya pengawal keselamatan gred 11 hingga 38.



Menurut sumber SPRM, semua suspek ditahan semasa hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM, di sini, antara 2.45 hingga 3.15 petang semalam dan disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

SPRM turut merampas wang tunai berjumlah RM840,700 dan 9 motosikal pelbagai jenama yang keseluruhannya bernilai RM90,000.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu, namun enggan mengulas lanjut.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED