Translate

13 July 2018

Rosmah Mansor's former aide remanded by MACC



BEST FBKL: The Aide seems to share her last name. :)






PUTRAJAYA: Seorang bekas pegawai khas kepada Datuk Seri Najib Razak direman empat hari bermula Selasa lalu bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan pemasangan panel tenaga solar sekolah di Sarawak.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Simi Abdul Ghani, ketika dihubungi pada Khamis mengesahkan mengenai penahanan reman individu berusia 44 tahun itu.

“Dia ditahan pada Isnin lalu selepas dipanggil ke ibu pejabat SPRM bagi memberi keterangan berhubung dakwaan menggelapkan wang diterima dari sebuah syarikat yang dianugerahkan untuk memasang panel solar di sekolah di Sarawak,” katanya.

Difahamkan perintah reman empat hari sehingga Jumaat itu dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim selepas dipohon SPRM.

Memetik laporan sebuah portal dalam talian pada Khamis, berdasarkan maklumat sumber SPRM, bekas pegawai khas itu didakwa meminta wang daripada sebuah syarikat berpangkalan di Bintulu.

“Kami difahamkan dia meminta wang dengan jumlah yang besar,” katanya namun tidak mendedahkan jumlah berkenaan yang dipercayai bernilai jutaan ringgit.

Sebelum ini Sarawak Report, mendakwa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menandatangani projek bernilai RM1.25 bilion untuk pemasangan panel tenaga solar di 369 sekolah di Sarawak.

Pelaksanaan projek itu dikatakan melangkaui proses biasa ditetapkan Kementerian Pendidikan supaya tender projek berkenaan tidak diberikan secara terbuka, sebaliknya diserahkan terus kepada syarikat sewaan kereta di Bintulu.

Laporan berkenaan turut mendakwa bahawa kakitangan kementerian yang menyatakan keprihatinan berhubung proses penganugerahan kontrak terbabit ditukarkan, manakala laporan kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia langsung tidak dihiraukan. - Sinar Harian


Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/berita-jenayah/2018/07/12/bekas-pembantu-najib/#SUHhZxmLRq0yOyEZ.99

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Rawang viewed 'Agong today presented the instruments of appointme' 3 hrs 44 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'KKM teliti permi' 3 hrs 58 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Mi tikus, nama ganjil tapi enak | BEST FBKL' 4 hrs 11 mins ago
A visitor from Paris viewed 'BEST FBKL' 4 hrs 22 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Campaign money not used, Syed Saddiq transfered fu' 6 hrs 18 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis tembak mati tiga individu terlibat sindiket ' 6 hrs 18 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '63ft Lamborghini Yacht Sinks Near Miami' 6 hrs 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kemalangan 14 Kenderaan Terlibat, Lebuh Raya BKE S' 6 hrs 27 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed '1MDB berniat jahat failkan saman terhadap saya - M' 6 hrs 28 mins ago
A visitor from Shah alam viewed '1MDB berniat jahat failkan saman terhadap saya - M' 6 hrs 29 mins ago