Translate

08 July 2017

Guru didakwa membuat, memiliki gambar dan video lucah serta memikat isteri orang untuk tujuan melakukan persetubuhan haram

Guru Didakwa Miliki Video Lucah

KUANTAN – Seorang guru dikenakan ikat jamin RM15,000 di Mahkamah Sesyen Kuantan, di sini, semalam, selepas mengaku tidak bersalah atas dakwaan membuat, memiliki gambar dan video lucah serta memikat isteri orang untuk tujuan melakukan persetubuhan haram, Mac lalu.
Tertuduh, Safriduwan Safar, 43, dari Bandar Jengka, Maran, Pahang, memohon dibicarakan bagi ketiga-tiga pertuduhan selepas dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.
Berdasarkan kertas pertuduhan pertama, tertuduh didakwa membuat dan memiliki 63 keping gambar dan video lucah yang disimpan di dalam telefon bimbit jenis Samsung dan Lenovo miliknya lebih kurang jam 1.33 petang 1 Mac lalu.
Bagi kesalahan tersebut, dia telah didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 233(1)(a)(i) Akta Komunikasi dan Multimedia yang boleh membawa hukuman denda tidak lebih RM50,000 penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Manakala pertuduhan kedua, dia yang bertugas di sebuah sekolah rendah di Felda Jengka sekali lagi dituduh memiliki 63 keping gambar dan video lucah di dalam telefon bimbitnya pada jam 6.21 petang, 17 Mac lalu
Dengan itu, dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Dalam pada itu, bagi pertuduhan ketiga, Safriduwan yang sudah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak juga dituduh memikat seorang penjawat awam yang diketahui adalah isteri orang bagi tujuan melakukan persetubuhan yang ditegah kira-kira jam 11.57 pagi, 4 Mac lalu.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Kesemua kesalahan tersebut dilakukan di rumah tertuduh di Lorong Pandan Makmur Dua, di sini.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Shahrizzat Amadan telah menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 bagi setiap pertuduhan namun Siti Aminah menetapkan ikat jamin sebanyak RM15,000 bagi ketiga-tiga pertuduhan dengan seorang penjamin bercagar.
Bagaimanapun, Siti Aminah turut memutuskan syarat tambahan iaitu tertuduh dilarang mengganggu mangsa iaitu kekasihnya yang merupakan isteri orang atau membuat apa-apa sebaran gambar sehingga kes selesai.
Mahkamah menetapkan 1 Ogos ini untuk sebutan semula kes dan lantikan peguam.
-Sinar Haria

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED