Translate

03 February 2017

Video sebuah keretapi melanggar sebuah kereta Honda Civic yang parkir dekat landasan menjadi viral




Kereta Api Rempuh Honda Milik ‘Pemandu Tak Cerdik’


GARA-GARA parkir di landasan, sebuah kereta jenis Honda Civic rosak akibat dilanggar kereta api di Pelabuhan Klang, Selangor, tengah hari semalam.

Menerusi sebuah video yang tular di media sosial memaparkan bampar kereta berwarna putih itu tercabut selepas dilanggar kereta api kerana menghalang laluan.
Tren milik KTMB itu yang membawa muatan barangan terpaksa mengundur semula apabila melihat kenderaan tersebut tetapi terpaksa ‘melanggar’ kereta itu bagi meneruskan perjalanan.
Difahamkan, pemilik kereta yang berusia 56 tahun itu meletakkan kenderaannya di dalam kawasan larangan meletak kenderaan kira-kira jam 9.30 pagi sebelum ke Pulau Ketam.
Bagaimanapun, ketika kejadian berlaku KTMB gagal mencari pemiliknya selepas kereta api yang merempuh kenderaan tersebut melalui landasan kira-kira jam 1 petang.
Pemandu lokomotif itu bertindak membuat laporan polis selepas kejadian berlaku.
Media tempatan melaporkan, pemilik kenderaan telah melakukan kesalahan mengikut Seksten 48 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana meletakkan kereta di kawasan pagar diturunkan untuk memberi laluan kepada kereta api.
Difahamkan, pemilik kenderaan menyedari kejadian tersebut selepas pulang dari Pulau Ketam pada jam 4 petang dan membuat laporan polis.
Netizen mengecam tindakan pemandu kereta itu yang tidak peka dengan keadaan sekeliling sebelum memarkir kenderaan.
“Kalau aku, aku saman pemilik kereta tu. Ingat landasan kereta api tu tempat parking ke?” tulis Ucop Van.
Ada juga netizen yang memuji tindakan pemandu kereta api yang berusaha untuk mengundur dan memikirkan kesan daripada rempuhan ke atas kereta berkenaan.
“Haaa tu makanan dia! Respect pemandu kereta api ni. Dalam keadaan begitupun dia masih berusaha untuk meminima kesan kerosakan,” tulis Fazil Nadzri. – MYNEWSHUB.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED