Translate

11 February 2017

Polis menumpaskan sindiket pelaburan tender pakaian seragam celoreng digital dengan nilai kerugian dianggarkan lebih RM55 juta.



HARIAN METRO
Shah Alam: Polis menumpaskan sindiket pelaburan tender pakaian seragam celoreng digital dengan nilai kerugian dianggarkan lebih RM55 juta.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Selangor, Superintendan Mazelan Paijan, berkata wanita berusia 29 tahun yang juga dalang utama sindiket ditahan bersama suaminya berusia 30 tahun di Bukit Jelutong, pada 6 Februari lalu.
Menurutnya, seorang lelaki berstatus Datuk berusia 47 tahun turut ditahan di Puchong manakala wanita 29 tahun di Kajang pada 8 dan 9 Februari lalu dipercayai terbabit dengan sindiket berkenaan.
"Siasatan mendapati sindiket sudah beroperasi sejak Ogos 2015 dan lebih 1,000 mangsa di Selangor serta beberapa negeri di Pantai Timur sudah menjadi mangsa.
"Modus operandi sindiket adalah dengan menawarkan mangsa untuk menjadi pelabur bagi pelaburan tender pakaian seragam dengan keuntungan sekitar 30 hingga 50 peratus.
"Sindiket meyakinkan mangsa dengan menggunakan dokumen berupa 'delivery order' daripada MINDEF," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.
Sehingga ini, katanya, Selangor mencatatkan jumlah kerugian lebih RM3 juta berdasarkan beberapa laporan polis yang diterima.
Katanya, polis masih memburu tujuh lagi anggota sindiket yang masih bebas dan lapan kereta mewah yang dipercayai disembunyikan.
"Semua suspek direman sehingga 13 Februari dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED