Translate

10 February 2017

Danny X Factor menjadi pemandu Uber dan Grab

Danny X-Factor Cari Duit Poket Jadi Pemandu Uber, Grab

..\
Selepas pelakon Hairie Othman, seorang lagi selebriti turut mengikut jejaknya menjadi pemandu Uber dan Grab iaitu Danny X-Factor.
Memetik laporan Harian Metro, Danny berkata dia baru saja memulakan kerjaya sambilan tersebut tersebut sejak sebulan lalu.
"Semuanya bermula selepas ramai rakan yang memilih untuk menjadi pemandu berkenaan. Pada mulanya, saya hanya ingin menyokong dan memberi semangat kepada rakan dan pada masa sama ingin mencari pengalaman.
"Saya buat secara sambilan dan untuk mengisi masa lapang. Sekurang-kurangnya lepas untuk duit poket, bayar duit minyak kereta dan perbelanjaan harian," kongsinya.
Kata Danny, keluarga juga isterinya, Zaidatul Norfazlin turut memberi sokongan dan semangat kepadanya untuk menjadi pemandu berkenaan. Sekali gus dia dapat mengisi masa lapangnya terutama jika isteri yang bertugas sebagai pramugari ke luar negara.
Seperkara yang membuatkan dia berasa seronok apabila ada penumpang yang masih mengenalinya dan hal itu secara tidak langsung membuatkan dia dihargai peminat.
Mengenai perkembangan seni, Danny berkata, beliau masih lagi aktif berlakon tetapi ketika ini lebih banyak bertumpu pada kerja di belakang tabir. Antara lakonan terbaru ialah drama Permata Hati yang bersiaran di Astro First 480.
Di samping itu, dia juga menguruskan produksi miliknya iaitu Double Channel Sdn Bhd. Selain, terbabit dengan penggambaran program TV iaitu Destinasi Selebriti dan terbaru 2 Roda untuk saluran RTM.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Lelaki cuba buka pintu pesawat dari Kuala Lumpur m' 11 mins ago
A visitor from Vermont viewed 'Malaysia tidak perlu panik, gopoh buat keputusan b' 43 mins ago
A visitor from La rioja viewed 'Bapa mengaku bersalah sumbang mahram bersama anak ' 47 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Small plane crashes in Minnesota after close call ' 1 hr 9 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, ketidak' 1 hr 9 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 1 hr 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Trump introduces 'Golden Card' for wealthy immigra' 1 hr 17 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'Influenza ancaman senyap d****a dan kanak-kanak, t' 1 hr 47 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PM Anwar receives a visit from Indian music legend' 1 hr 58 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'SIDANG MEDIA KETUA POLIS SELANGOR OP GAS PUTRA HEI' 1 hr 59 mins ago