Translate

23 January 2017

Lelaki Teragung yang dipersembahkan oleh Dayang Nurfaizah itu membawa pulang trofi dan hadiah wang tunai RM50,000 s




Lelaki Teragung Juara AJL31


Kredit foto online

Lagu Lelaki Teragung ciptaan Natasha dan Iman Imran dinobatkan sebagai pemenang Juara Lagu pada Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-31 yang disiarkan secara langsung dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam tadi.



Lagu yang dipersembahkan oleh Dayang Nurfaizah itu membawa pulang trofi dan hadiah wang tunai RM50,000 selain baucar produk CJ Wow Shop.

Dayang turut diumumkan sebagai pemenang kategori Vokal Terbaik, sekali gus memenangi trofi dan RM12,000. Ia kemenangan ketiga berturut-turut penyanyi itu dalam kategori terbabit.

AJL31 turut menyaksikan lagu Terimaku Seadanya ciptaan Ajai yang didendangkan Misha Omar dan Hafiz Suip meraih tempat kedua, sekali gus menerima hadiah wang tunai RM35,000 dan trofi.

Tempat ketiga dengan hadiah RM20,000 dan trofi pula dimenangi lagu Sudah Ku Tahu ciptaan Razif yang dinyanyikan kumpulan Projector Band.

Kategori persembahan Terbaik dimenangi kumpulan Khalifah yang mendendangkan lagu Hang Pi Mana. Kemenangan itu membolehkan kumpulan berkenaan membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000.

Semua kategori diadili oleh juri profesional, selain Persembahan Terbaik yang dibuka kepada undian peminat secara atas talian menerusi laman sesawang, www.anugerahjuaralagu.com.

Dikendalikan empat hos iaitu Fara Fauzana, Awal Ashaari, Sarimah Ibrahim dan Fizi (Hot FM), acara kemuncak berkenaan turut menampilkan Ameng Spring, Ella dan Man Bai sebagai artis undangan.

sumber : BH online

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Warga emas didakwa bunuh rakan | BEST FBKL' 23 mins ago
A visitor from New york viewed 'Malaysian Woman Kaur Gurcharan Singh Manpal, 44, w' 35 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'WARNA RASA RAMADAN BUFFET 2025 BY ROYALE CHULAN KU' 1 hr 19 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Kes Culik Pamela Ling Kereta Penculik Guna Nombor ' 2 hrs ago
A visitor from Shah alam viewed 'Dua Wanita ‘Scammer’ Diburu Polis | BEST FBKL' 2 hrs 8 mins ago
A visitor from Michigan viewed 'Tarikh Kongres Nasional PKR 2024/2025 diselaraskan' 2 hrs 11 mins ago
A visitor from Michigan viewed 'Tarikh Kongres Nasional PKR 2024/2025 diselaraskan' 2 hrs 18 mins ago
A visitor from Des moines viewed 'Tarikh Kongres Nasional PKR 2024/2025 diselaraskan' 2 hrs 21 mins ago
A visitor from Nevada viewed 'Tarikh Kongres Nasional PKR 2024/2025 diselaraskan' 2 hrs 23 mins ago
A visitor from Boydton viewed 'Tarikh Kongres Nasional PKR 2024/2025 diselaraskan' 2 hrs 24 mins ago