Translate

13 October 2016

Vokalis kumpulan Wings, Awie dicabar untuk mengemukakan dokumen salasilah keluarga yang membuktikan bahawa dia merupakan keturunan Raja Siam


Awie Dicabar Tunjuk Bukti Diri Berketurunan Raja Siam

.

Vokalis kumpulan Wings, Awie dicabar untuk mengemukakan dokumen salasilah keluarga yang membuktikan bahawa dia merupakan keturunan Raja Siam melalui moyangnya yang bernama Raja Sulaiman.



Memetik laporan Kosmo! Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah, Datuk Dr. Wan Shamsudin Mohd. Yusof berkata, Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, 48, adalah orang pertama di negara ini yang mendakwa diri­nya berketurunan Raja Sulaiman yang mula memerintah Kerajaan Melayu Singgora pada 1620.

"Dia (Awie) perlu mengemukakan bukti salasilah keluarga­nya bagi mengesahkan dakwaannya yang berketurunan Raja Sulaiman.

"Dokumen tersebut perlu dikemukakan kepada kedutaan Thailand dan kerabat Raja Sulaiman untuk memastikan kesahihannya," katanya.

Tambah Wan Shamsudin, selepas kejatuhan Kesultanan Singgora semasa pemerintahan Raja Sulaiman ramai kerabatnya lari ke kawasan lain bagi menyelamatkan diri.

"Terdapat beberapa peme­rintah di Thailand yang berketurunan Raja Sulaiman termasuklah Perdana Menteri Thailand ke-22 iaitu Jeneral Chavalit Yongchaiyudh dan bekas ketua komander Tentera Laut Diraja Thailand, Laksamana Niphon Srithorn," ujarnya yang merupakan penulis buku Sejarah Tanah Melayu dan buku Sejarah Sastera Melayu Moden.

Terdahulu, media melaporkan Awie mendakwa dirinya merupakan keturunan anak Raja Siam melalui moyangnya Raja Sulaiman selepas melangsungkan perkahwinannya dengan Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin, 29, di Masjid Sultan Sulaiman Shah Songkhla, Thailand, minggu lalu.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED