Translate

09 October 2016

Penyanyi Cat Farish, mengakui banyak masa dihabiskan bersama kawan-kawan sehingga mengabaikan keluarga antara punca penceraiannya.


TERLALU PENTINGKAN KAWAN, ABAI KELUARGA PUNCA PENCERAIAN SAYA - CAT FARISH



Penyanyi dan pelakon, Cat Farish, mengakui banyak masa dihabiskan bersama kawan-kawan sehingga mengabaikan keluarga antara punca penceraiannya.

Cat atau nama sebenarnya, Farish Zaquan, 42, berkata, dia lebih mementingkan keperluan kawan-kawan sehingga mereka mengambil kesempatan untuk menjatuhkan dirinya.

"Banyak masa dihabiskan bersama kawan-kawan sehingga mengabaikan rumah dan keluarga malah saya lebih mementingkan masalah kawan-kawan daripada masalah diri sendiri.

"Mereka ada masalah saya akan tolong sedangkan saya sendiri mempunyai masalah yang mesti diselesaikan.

"Sebenarnya kawan-kawan juga yang menjatuhkan saya kerana dalam penceraian ini mereka pula buat cerita macam-macam untuk memburukkan lagi keadaan," katanya kepada Astro Gempak

Cat berkata demikian ketika ditemui pada majlis pra tonton filem Matmoto Otai di TGV Encorp Strand Mall, Kota Damansara, baru-baru ini.

Matmoto Otai juga dibarisi oleh pelakon Ahmad Idham, Datuk Eizlan Yusof dan Opie Zami yang akan menemui penonton di pawagam 6 Oktober depan.

Tambahnya, dia kini merasa sunyi kerana tinggal seorang diri dan kesemua anaknya di bawah jagaan bekas isterinya.

"Saya merasa kehilangan dan sunyi kerana nikmat mempunyai keluarga semuanya telah hilang malah ia juga memberi tekanan kepada diri saya.

"Anak-anak di bawah jagaan bekas isteri tapi saya boleh tengok bila-bila masa yang saya mahukan cuma tetapi itulah rasa sunyi tu lain bila tidak tinggal bersama mereka," katanya.

Hasil perkahwinan sembilan tahun lalu bersama Hartinu Ramli, 33, Cat dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Nia Karlysaa,9 Eva Latheefa,6 dan Qul Iskandar, 5.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED