Translate

12 October 2016

Pelakon dan penyanyi Tony Eusoff dibebaskan daripada penjara Singapore pada 1 Oktober lalu kerana berkelakuan baik.


Tony Eusoff Akui Serik Selepas Meringkuk Dalam Penjara
MALAYSIAN DIGEST
.

Selepas lima bulan menjalani hukuman penjara di Singapura kerana kesalahan memiliki dadah, pelakon dan penyanyi Tony Eusoff mengakui dirinya serik dan tidak sekali-kali terjebak lagi dengan perbuatan tersebut.

Memetik laporan Kosmo!, Tony atau nama sebenarnya, Anthony Joseph Anak Hermas Rajiman, 38, yang sepatutnya menjalani hukuman penjara lapan bulan di Admiralty West Prison, Singapura dibebaskan pada 1 Oktober lalu kerana berkelakuan baik.

"Pengalaman di penjara selama lima bulan benar-benar membuat saya menyesal seumur hidup.

"Hukuman penjara merupakan penyesalan paling besar dalam hidup saya. Saya rasa bersalah bukan sahaja pada diri sendiri tetapi kepada seluruh ahli keluarga,” katanya

Sebaik menjejak kaki keluar dari pintu penjara Admiralty West Prison pada 1 Oktober lalu, dia sudah tidak mahu menoleh ke belakang.

Mengulas mengenai tempoh hukuman yang dipendekkan tiga bulan, ujar Tony, pada hari pertama dimasukkan ke penjara pada 21 April lepas, dia sudah berazam untuk keluar cepat.

"Pihak penjara Singapura memberitahu tempoh hukuman saya boleh dipendekkan jika saya berkelakuan baik", katanya.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED