Translate

21 August 2016

Tun Dr Mahathir Mohamad, menghabiskan hampir 45 minit, untuk memandu sendiri Proton Perdana miliknya ke KL.


Tun M Pandu Proton Perdana Ke Pavilion
Malaysian Digest


Foto: Sinar Harian

SHAH ALAM: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini, menghabiskan hampir 45 minit, untuk memandu sendiri Proton Perdana miliknya ke Kuala Lumpur.

Difahamkan, bekas perdana menteri itu memandu dari rumahnya, untuk ke pusat membeli belah Pavilion Kuala Lumpur.

Pegawai terdekatnya memberitahu, Mahathir memandu ke Kuala Lumpur untuk beriadah.

"Hari ini Tun M berpeluang memandu Proton Perdana milik sendiri setelah bertahun menyumbang idea.

"Beliau ke sana untuk menikmati masa santainya, sambil-sambil minum kopi dan pusing Kuala Lumpur," katanya kepada Sinar Online.

Dalam perjalanannya hari ini, Mahathir ditemani oleh dua orang pembantunya.

Mahathir merupakan pencetus awal kepada penubuhan Syarikat Perusahaan Otomobil Nasional Sendirian Berhad (Proton), ia ditubuhkan pada 7 Mei 1983 dengan modal berbayar sebanyak 150 juta ringgit.

Kini syarikat Proton menjadi kebanggaan negara, apabila berjaya menghasilkan beberapa model reka bentuk asli dan beroperasi dalam sekurang-kurangnya 26 negara pada masa ini, majoritinya adalah di Asia.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED