Translate

07 June 2016

Bahagian Penguatkuasaan/operasi membuat penugasan Ops halangan Teksi di sekitar Pusat Bandaraya Kuala Lumpur.


OPS HALANGAN M/TEKSI SEKITAR PUSAT BANDAR
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur (JSPTKL), 06 Jun 2016 - Pada jam 11.00 pagi, Bahagian Penguatkuasaan/operasi dan Bahagian Point Duty membuat penugasan Ops halangan M/Teksi di sekitar Pusat Bandaraya Kuala Lumpur. Antara lokasi terlibat ialah Jalan Bukit Bintang, Kedutaan Indonesia, Pavilion, Jalan Sultan Ismail, Jalan Tan Cheng Loke, KLCC, Jalan Petaling dan Jalan Sultan.
Ops ini di jalankan berikutan mendapat komplain daripada orang awam tentang kesesakan yang amat teruk ketika waktu puncak disebabkan segelintir pemandu teksi yang tidak bertanggungjawab meletakkan kenderaan sesuka hati untuk mengambil penumpang. Ekoran daripada itu, Bahagian Penguatkuasaan/Operasi mengeluarkan saman Pol 170 dan Pol 257 keatas kenderaan yang membuat halangan sekitar pusat bandar Kuala Lumpur.
Ops halangan ini berakhir pada jam 02.00 petang dan sebanyak 36 keping saman Pol 257 dan 21 keping saman Pol 170 dikeluarkan keatas pesalah trafik.










Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED