Translate

25 June 2016

Seorang wanita terkejut apabila bertemu dengan tetamu yang tidak diundang - seekor ular sawa 5 meter panjang dan 40 kg berat

Bangun Pagi, Wanita Terkejut Tengok Ular Sawa 5 Meter Melingkar di Dinding & Katil


Australia, 23 Jun - Seorang wanita terkejut apabila paginya dihiasi dengan penemuan tetamu yang tidak diundang - seekor ular sawa 5 meter panjang dan 40 kg berat yang melingkar di hujung katilnya tidur.

Laporan ABC News melaporkan, Ms Julie Birrell, yang ketika itu menginap di rumah rakan, Trina Hibberd, di North Queensland dua hari lepas, terkejut apabila terdengar bunyi bising haiwan itu melanggar lampu.

"Ia memang sangat menakutkan", kata Ms Hibberd yang memuat naik gambar ular sawa itu di Facebook.

Selain itu Hebberd juga turut memuat naik satu video yang merakamkan bagaimana ular yang panjang itu menegangkan dirinya melalui dinding di luar hingga ke bahagian dalam bilik.

Penangkap ular, Dave Goodwin telah dipanggil untuk menangkap ular tersebut sebelum melepaskannya berhampiran loji rawatan air di kawasan belukar.

"Kami mengunci diri kami di dalam bilik tidur dan cuba menangkap lehernya. Dia kemudian melingkar tangan saya tapi kami sempat memasukkannya ke dalam bekas", kata Goodwin.

Difahamkan, ular itu bukanlah 'pendatang asing' buat isi rumah itu.

Ular yang dipanggil Monty itu pertama kali di lihat oleh Ms Hibberd pada 15 tahun lalu ketika dia sedang mandi. Sejak dari itu, Ms Hibberd percaya ular terbabit tinggal di atas bumbung rumah terbabit.

"Kami tahu ular itu ada di situ tapi ia tidak pernah masuk ke dalam", katanya. - Siakapkeli.my

Sumber : straitstimes 
S

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Muar town viewed '20,000 dijangka penuhi KLCC sempena Sidang Kemunca' 36 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Ringgit ditutup tinggi berikutan tindak balas kera' 47 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Ahmad Zahid ucap tahniah kepada PM Wong atas kemen' 48 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Ringgit ditutup tinggi berikutan tindak balas kera' 48 mins ago
A visitor from Rawang viewed 'Agong today presented the instruments of appointme' 7 hrs 19 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'KKM teliti permi' 7 hrs 33 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Mi tikus, nama ganjil tapi enak | BEST FBKL' 7 hrs 46 mins ago
A visitor from Paris viewed 'BEST FBKL' 7 hrs 58 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Campaign money not used, Syed Saddiq transfered fu' 9 hrs 53 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis tembak mati tiga individu terlibat sindiket ' 9 hrs 53 mins ago