Translate

20 June 2016

Seorang penyamun tergamak memotong kaki kiri seorang warga emas sehingga putus selepas cuba menyamun nenek itu

Foto kiri : Keadaan Mek Som selepas kejadian . Foto Kanan: Suspek ditangkap orang kampung & polis.


Kota Bharu, 20 Jun: Pergelangan kaki kiri seorang warga emas, Mek Som Mat Diah, 89, yang putus ditetak oleh seorang remaja lelaki 19 tahun, tidak boleh disambung semula.


Malah, kaki kirinya terpaksa dipotong hingga ke paras betis bagi mengelak komplikasi di masa hadapan.

Menurut cucu saudara Mek Som, Mustafa Yusof, 50, perkara itu dimaklumkan oleh doktor kepada dia sekeluarga.

“Doktor cakap, terpaksa memotong kaki nenek hingga paras betis kerana pergelangan kakinya yang putus sudah tidak boleh disambung lagi serta mungkin boleh timbul banyak komplikasi.

“Pembedahan dijangka esok dan saya akan membawa pulang kakinya untuk dikebumikan di tanah perkuburan dekat kampung kami," katanya.


Harian Metro melaporkan, Mek Som ketika ditemui di HUSM Kubang Kerian berkata remaja terbabit sering meminta wang darinya.


Setiap kali dia datang meminta wang dari tangga rumah, Mek Som tidak pernah memberi dan remaja itu akan berlalu pergi.

Mek Som sempat bercerita tentang kejadian dan menggelar remaja yang juga jirannya itu sebagai budak yang jahat.

Ketika itu, nenek sedang berehat sementara menunggu waktu berbuka bersama anak Mek Esah Abdullah, 60, yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) mental.

“Tiba-tiba dia datang meminta wang dan terus bertindak agresif apabila permintaannya ditolak. Sebelum ini dia yang panggil nenek sudah dianggap macam cucu dan akan berlalu pergi apabila nenek cakap tiada wang.


Nenek terkejut dan tak sangka dia agresif begitu. Mula-mula dia serang Mek Esah dan pulas tangannya, namun Mek Esah sempat larikan diri sebelum dia mencari nenek serta menumbuk muka," katanya.

Menurut Mek Som, dia terjatuh selepas ditumbuk dan remaja berkenaan mengambil pisau yang berada di tepi dinding beranda rumah sebelum memotong pergelangan kaki kirinya.

Namun, Mek Som yang sudah tidak berupaya itu hanya mampu menjerit meminta tolong.

Selepas potong kaki hingga putus, dia cuba lari tetapi ditangkap penduduk kampung. Ketika itulah dia sempat minta maaf dengan nenek," katanya. - Siakapkeli.my



Pasir Mas, 19 Jun: Seorang penyamun tergamak memotong kaki kiri seorang warga emas sehingga putus selepas cuba menyamun nenek itu di Kampung Tanjung Rendang, Lemal dekat sini.

Dalam kejadian yang berlaku ketika jam 6 petang tadi, mangsa, Mek Som Mat Diah, 89, sedang berehat di ruang tamu rumahnya bersama seorang anak perempuan yang berusia 55 tahun.

Harian Metro melaporkan, penyamun yang berusia 19 tahun itu difahamkan merupakan jiran sekampung mangsa.

Ketika kejadian, suspek menceroboh rumah Mek Som dan meminta wang. Bagaimanapun suspek mula bertindak agresif apabila mangsa dan anaknya enggan memberikan wang yang diminta.

Anak perempuan Mek Som berjaya melarikan diri namun Mek Som ditumbuk di muka dan kakinya ditetak dengan senjata tajam yang dipercayai sejenis pisau.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Ibrahim Saad mengesahkan kejadian.

Menurut beliau, mangsa telah dihantar ke Hospital Pasir Mas sebelum dirujuk ke Hospital Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

"Suspek sudah ditahan penduduk kampung yang melihat kejadian dan akan dibawa ke Mahkamah Pasir Mas esok untuk perintah tahanan reman," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan ujian air kencing terhadap remaja itu mendapati dia positif dadah. - Siakapkeli.my

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED