Kehadiran Muhyiddin Di PAU 15 Dapat Sambutan Meriah Dengan Laungan "Hidup Tan Sri"
KUALA LUMPUR :Kehadiran Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2015 sebentar tadi mendapat sambutan yang meriah oleh para ahli Umno.
Apabila beliau melangkah kaki masuk ke PWTC orang ramai berkerumun sambil melaungkan takbir dan pujian semangat bergema.
"Hidup Tan Sri, Allahuakbar," itu antara laungan penyokongnya.
Muhyiddin yang hadir bersama isterinya segak mengenakan baju Melayu berwarna krim putih.
Selepas tiba beliau terus menuju ke Dewan yang menempatkan para perwakilan Pemuda.
Kehadiran Muhyiddin secara tiba-tiba di Dewan Tun Dr Ismail menyebabkan Perwakilan Bukit Bintang, Jefri Zain yang sedang membahaskan ucapan dasar Ketua Pemuda terhenti seketika.
Kemudian Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin kelihatan turun dari pentas dan menyambut ketibaan Muhyiddin dan bersalam.
Apa yang lebih menarik, semasa Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Shafie Apdal memasuki dewan mereka disambut tepukan dan sorakan gemurah oleh pergerak Puteri Umno. -Siakapkeli.my