Translate

01 December 2015

Datuk Siti Nurhaliza Tarudin mengumumkan berita sedih yang beliau mengalami keguguran


Siti Nurhaliza gugur hamil 2 bulan


Published: 1 December 2015 12:37 PM

Penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menerusi laman Instagramnya hari ini, ctdk mengumumkan berita sedih yang beliau mengalami keguguran. – Gambar dari Instagram, 1 Disember, 2015.



Kira-kira dua minggu selepas heboh di media sosial mengatakan Datuk Siti Nurhaliza Tarudin hamil, penyanyi terkenal itu hari ini mengumumkan berita sedih di laman Instagram, mengakui beliau mengalami keguguran.



Katanya, tanggal 1 Disember hari ini merupakan waktu dan ketika yang sesuai untuknya berkongsi dengan peminat dan pengikutnya status terbaru dirinya.

"Ternyata, Allah pinjamkan anugerah ini untuk seketika. Sempat 2 bulan Siti kandungkan dan Siti keguguran.


"Siti reda dan jauh di sudut hati amat bersyukur kerana Allah beri Siti jawapan di atas doa Siti," tulisnya di Instagramnya di akaun bernama ctdk.



Pertengahan bulan lalu, Utusan Malaysia melaporkan penyanyi berusia 36 tahun itu sedang hamil dan dijangka bersalin pada bulan Jun atau Julai tahun depan, memetik sumber terdekatnya.

Siti bagaimanapun tidak membuat kenyataan rasmi mengesahkan atau menafikan laporan itu dan menerangkan sebabnya di Instagramnya hari ini.

"Memang tidak mahu menafikan berita kehamilan kerana ia anugerah terindah yang lama Siti nantikan, dan sudah pastinya peminat yang mendoakan juga.

"Hendak mengiyakan pun takut, kerana anugerah ini terlalu baru dan 'fragile' (rapuh) untuk dihebahkan. Hanya memohon masa yang sesuai," katanya.

Katanya, beliau sedari awal teringin berkongsi saat indah itu bersama peminatnya, namun percaya semua dugaan yang diterimanya ada hikmah dari Allah.

"Ini semua meningkatkan lagi keimanan Siti kepada pencipta Siti," katanya.

Mengucapkan terima kasih kepada keluarga, sahabat dan peminat yang sering memberi kata semangat dan mendoakannya, Siti berkata akan menjalani kegiatan seperti biasa selepas selesai proses berpantang.

Siti dan Datuk Seri Khalid Muhamad Jiwa, lebih dikenali sebagai Datuk K, bernikah pada 21 Ogos 2006.

Spekulasi Siti berbadan dua sebelum ini pernah timbul beberapa kali dan terbaru apabila beliau muncul di konsert Satu Suara Volume 2 di Istana Budaya pada 7 November lalu. – 1 Disember, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/siti-nurhaliza-gugur-hamil-dua-bulan#sthash.3ikhRkPO.dpuf

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED