Beberapa hari ini tersebar satu video iklan produk D' Herbs yang dikatakan keterlaluan dan sangat terlajak 'lucah'
Iklan ini dikatakan menjatuhkan maruah wanita yang dianggap tidak menarik sekiranya tidak memiliki payudara yang besar.
Namun pemilik produk tersebut Dato’ Aliff Syukri dalam Facebook menafikan perkara berkenaan dan mengatakan iklan ‘terlajak besar’ itu merupakan salah satu daripada penyertaan iklan parodi yang dianjurkan oleh syarikatnya.
KUALA LUMPUR, 8 Dis — Sebuah video iklan produk kecantikan jenama D’Herbs beberapa hari lepas meletup selepas dikecam ramai di media sosial, kerana dikatakan menghina kaum wanita dan berunsur lucah.
Selepas beberapa pengguna Facebook menyoal ketulenan video tersebut, pelakon utamanya Liana Rosli mengesahkan bahawa ia memang dibikin untuk mempopularkan produk pengasas syarikat D’Herbs Healthy Sdn Bhd itu, Datuk Aliff Syukri.
Menerima bayaran RM400 bagi penghasilan video berkenaan, Liana, yang juga anak pelakon terkenal Normah Damanhuri, tidak menyangka video tersebut begitu cepat diviralkan dan menerima pelbagai kritikan.
“Memang saya tahu, kita ‘shoot' untuk produk itu. Tapi saya tak jangka akan jadi viral macam sekarang. Buat masa ini, saya tak nak komen lebih, sebab tak nak ada mana-mana pihak sensitif lagi tentang isu ini,” ujarnya apabila dihubungi ProjekMMO.
"Tapi apa yang saya boleh maklumkan, Datuk kata video itu memang dibuat untuk viralkan produk Datuk dan cukuplah saya tak nak ulas lebih," tambah Liana, yang juga merupakan seorang usahawan menjual jamu “Ketat Mencengkam” untuk para wanita.

- See more at: http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/iklan-terlajak-lucah-dherbs-parodi-atau-promo-viral#sthash.6crvXXS4.dpuf