Translate

29 September 2015

Penumpang feri Pulau Pinang hari ini terkejut selepas sebuah kapal selam Australia telah timbul berhampiran dengan laluan feri

Penumpang Feri Pulau Pinang Terkejut Kapal Selam Lengkap Berpeluru Berpandu Timbul Berhampiran Feri



Penumpang feri Pulau Pinang hari ini terkejut selepas sebuah kapal selam milik Australia lengkap dengan peluru berpandu telah timbul berhampiran dengan laluan feri yang dinaiki mereka.

Kehadiran Kapal Selam HMAS Sheean milik Tentera Laut Australia tersebut menjadi perhatian ramai rakyat P.Pinang khususnya penumpang Feri yang sedang berulang alik dari Pulau ke Tanah Besar.

Kapal selam berkuasa diesel-elektrik lengkap peluru berpandu itu muncul pada 11 pagi dan difahamkan akan berlabuh di Pulau Pinang sehingga 2 Oktober ini.



Menurut wakil Tentera Laut (RNO) Pulau Pinang dipetik berkata, HMAS Sheean akan merapat ke Pulau Pinang bermula hari ini sehingga 2 Oktober ini dan dijadualkan melakukan kunjungan hormat kepada RNO Pulau Pinang hari ini.

Selepas selesai mendarat di Pulau Pinang HMAS Sheean akan meneruskan pelayaran ke Kota Kinabalu, Sabah dan akan menjalani latihan dengan KD TAR pada 12 dan 13 Oktober ini.

Difahamkan, selepas selesai latihan kapal selam berkenaan akan berlayar pulang ke Pengkalan Laut mereka di Barat Australia.

Orang ramai diminta bertenang berikutan tersebarnya gambar-gambar ini di media sosial di mana ada mendakwa ia menggugat keselamatan negara dan sebarang spekulasi bukan-bukan perlulah dihentikan. - Siakapkeli.my

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Fire breaks out at Tampines industrial building | ' 55 mins ago
A visitor from George town viewed 'UNDERWORLD GANG WAR LIKELY BEHIND MALAYSIA'S SPATE' 3 hrs ago
A visitor from Sungai buloh viewed 'PADAH PANDU LAWAN ARUS | BEST FBKL' 3 hrs 48 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Fire breaks out at Tampines industrial building | ' 4 hrs 39 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Kementerian Pengangkutan arah 2 syarikat e-hailing' 4 hrs 51 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 5 hrs 19 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'PM Anwar ucap tahniah kepada penganut Katolik atas' 5 hrs 56 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'US Cardinal Robert Prevost elected a' 6 hrs 45 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PM Anwar ucap tahniah kepada penganut Katolik atas' 7 hrs 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Rupanya Mat Motor Tiga Orang Tu PoIis | BEST FBKL' 7 hrs 3 mins ago