Translate

29 September 2015

Penumpang feri Pulau Pinang hari ini terkejut selepas sebuah kapal selam Australia telah timbul berhampiran dengan laluan feri

Penumpang Feri Pulau Pinang Terkejut Kapal Selam Lengkap Berpeluru Berpandu Timbul Berhampiran Feri



Penumpang feri Pulau Pinang hari ini terkejut selepas sebuah kapal selam milik Australia lengkap dengan peluru berpandu telah timbul berhampiran dengan laluan feri yang dinaiki mereka.

Kehadiran Kapal Selam HMAS Sheean milik Tentera Laut Australia tersebut menjadi perhatian ramai rakyat P.Pinang khususnya penumpang Feri yang sedang berulang alik dari Pulau ke Tanah Besar.

Kapal selam berkuasa diesel-elektrik lengkap peluru berpandu itu muncul pada 11 pagi dan difahamkan akan berlabuh di Pulau Pinang sehingga 2 Oktober ini.



Menurut wakil Tentera Laut (RNO) Pulau Pinang dipetik berkata, HMAS Sheean akan merapat ke Pulau Pinang bermula hari ini sehingga 2 Oktober ini dan dijadualkan melakukan kunjungan hormat kepada RNO Pulau Pinang hari ini.

Selepas selesai mendarat di Pulau Pinang HMAS Sheean akan meneruskan pelayaran ke Kota Kinabalu, Sabah dan akan menjalani latihan dengan KD TAR pada 12 dan 13 Oktober ini.

Difahamkan, selepas selesai latihan kapal selam berkenaan akan berlayar pulang ke Pengkalan Laut mereka di Barat Australia.

Orang ramai diminta bertenang berikutan tersebarnya gambar-gambar ini di media sosial di mana ada mendakwa ia menggugat keselamatan negara dan sebarang spekulasi bukan-bukan perlulah dihentikan. - Siakapkeli.my

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kajang viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 6 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 2 hrs 12 mins ago
A visitor from Oslo viewed '61,317 notis kesalahan sepanjang Ops Khas Hari Ray' 2 hrs 28 mins ago
A visitor from Florida viewed 'KPKT salur RM2 juta baik pulih infrastruktur awam ' 3 hrs 27 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'KPKT salur RM2 juta baik pulih infrastruktur awam ' 3 hrs 28 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 4 hrs 17 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 4 hrs 25 mins ago
A visitor from George town viewed 'Malaysian Police Launch Manhun For Followers of Tu' 4 hrs 34 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kes HFMD di Kelantan meningkat 10 kali ganda, 68 w' 4 hrs 37 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed '1MDB tarik balik saman terhadap wanita Singapura d' 4 hrs 49 mins ago