Translate

29 September 2015

Filem aksi, Polis Evo berjaya mengutip RM8 juta selepas 11 hari penayangannya




'Polis Evo' Kutip RM8 Juta Selepas 11 Hari Ditayangkan
mStar

Diterbitkan: Isnin, 28 September 2015 6:29 PM


Zizan Razak (kanan) dalam 'Polis Evo'.

PETALING JAYA: Filem aksi, Polis Evo berjaya mengutip RM8 juta selepas 11 hari penayangannya sekali gus membuktikan industri perfileman tempatan masih mempunyai pengaruh.

Kutipan itu melibatkan 101 buah pawagam seluruh negara termasuk Brunei selepas ditayangkan pada 17 September lalu.

Naib Presiden & Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar, berkata, kutipan memberangsangkan itu turut didorong reaksi positif peminat selain langkah promosi yang giat dijalankan terhadap karya itu.

“Kami tidak menyangka dalam kesuraman industri perfileman tempatan ketika ini, peminat masih memberi kepercayaan kepada Polis Evo untuk menduduki tempat teratas dalam carta filem Melayu terlaris untuk tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada mStar Online di sini pada Isnin.





Zizan Razak (kanan) dan Shaheizy Sam pelakon utama 'Polis Evo'.
Terdahulu Polis Evo lakonan Shaheizy Sam dan Zizan Razak berjaya mencatat kutipan memberangsangkan dengan jumlah RM2.5 juta selepas empat hari ditayangkan.

Filem tersebut adalah arahan Ghaz Abu Bakar merupakan gabungan karya Joel Soh, Kyle Goonting dan Anwari Ashraf.

Dalam pada itu Najwa berkata, masih terlalu awal untuk pihaknya meramal kehendak penonton walaupun kutipan filem tersebut mencecah angka luar biasa ketika dunia perfileman menunjukkan kesuraman.

“Jika dilihat reaksi positif peminat terhadap Polis Evo, diharap ia dapat menyuntik semangat baru dalam dunia filem Malaysia,” katanya.

Polis Evo merupakan filem yang memaparkan kisah dua anggota polis, Khai (Shaheizy Sam) dan Sani (Zizan Razak).

Kedua-dua pemuda itu mempunyai personaliti yang sangat berbeza tetapi mereka harus bekerjasama untuk menjatuhkan sebuah operasi pengedaran dadah.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Petaling jaya viewed 'Anwar dijadual sampaikan pernyataan bersama ASEAN ' 19 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Penerbangan Agresif, Tahap Alkohol Tinggi Punca Na' 27 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'KPKT salur RM2 juta baik pulih infrastruktur awam ' 31 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'KPKT salur RM2 juta baik pulih infrastruktur awam ' 34 mins ago
A visitor from New york viewed 'Dua penerbitan dikenakan tindakan perintah laranga' 50 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'In sudden change of course, Trump lowers tariffs f' 54 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Timbalan Menteri Luar adakan lawatan kerja ke Turk' 56 mins ago
A visitor from Wyoming viewed 'Anwar dijadual sampaikan pernyataan bersama ASEAN ' 56 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Dua penerbitan dikenakan tindakan perintah laranga' 1 hr 1 min ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'In sudden change of course, Trump lowers tariffs f' 1 hr 13 mins ago