Translate

29 August 2015

Remaja yang ugut Mahu Bom KL dan Menggunakan Nama Anonymous Malaysia Berjaya Ditangkap (video)

Remaja Gelar Diri Anonymous Malaysia Ugut Mahu Bom KL Berjaya Ditangkap


Tiga remaja yang menggelarkan diri mereka sebagai Anonymous Malaysia yang telah memuatnaik video klip provokasi di laman Youtube bertajuk ‘We Will Blast Malaysia‘.

Video berkenaan menunjukkan gambar dan video kejadian letupan di Thailand dan kemudiannya keluar tulisan "Malaysian, are you ready" sambil memaparkan gambar peserta bersih yang berlaku sebelum ini.

Bagaimanapun tidak sampai 24 jam dimuatnaik beberapa serbuan telah dilakukan di Johor Bahru lewat malam jumaat semalam dan turut disebarkan di media sosial sempena perhimpunan haram Bersih 4.0.

Menurut laporan portal Agenda Daily, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim mengesahkan penahanan berkenaan berkata, semua mereka berusia 18 hingga 21 tahun.

Saspek telah dikesan hasil risikan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman selepas mereka telah mengancam mahu menggodam sistem komputer dan laman web agensi kerajaan Malaysia pada lewat Khamis.

Dengan serbuan tersebut pihak polis berjaya merampas beberapa barang peribadi milik mereka untuk membantu siasatan.

Semua mereka kini ditahan mengikut Seksyen 5 Akta Jenayah Komputer 1997 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih tujuh tahun atau kedua-duanya.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, PDRM memandang serius akan perkara ini kerana ia melibatkan hal keselamatan negara.

“Kami tidak akan berkompromi dengan segala bentuk ancaman yang dilakukan pihak tertentu untuk menggugat keselamatan dan ketenteraman negara ini.

“Ia satu ancaman yang kita tidak pernah pandang remeh dan akan bertindak serta mengenal pasti pihak berkenaan.

Kami sedang siasat ancaman itu dan pihak yang melakukan ancaman. Kita sudah melakukannya,” katanya. - Siakapkeli.my


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'PM Australia yang dipilih semula Albanese akan law' 1 min ago
A visitor from Oslo viewed 'Ringgit ditutup tinggi berikutan tindak balas kera' 1 min ago
A visitor from Oslo viewed 'Siasatan termasuk dakwaan Pamela Ling dilarikan in' 4 mins ago
A visitor from Shah alam viewed '“Bodoh, Kandang Babi” Gamatkan Dewan Rakyat! Arau ' 14 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bekas Panglima Angkatan Tentera dilantik Pengerusi' 32 mins ago
A visitor from Labuan viewed '“Bodoh, Kandang Babi” Gamatkan Dewan Rakyat! Arau ' 1 hr 42 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Enam Rumah Terbakar Di Bandar Tun Razak | BEST FBK' 1 hr 48 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Enam Rumah Terbakar Di Bandar Tun Razak | BEST FBK' 2 hrs 27 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 29 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Sindiket pengedaran dadah antarabangsa tumpas, pol' 2 hrs 37 mins ago