Translate

29 August 2015

Bekas Teman Lelaki Tasha Shilla Membuat Laporan Polis Yang Pelakon itu telah menyerangnya di kelab Zouk


Tasha Shilla Serang, Tampar Bekas Kekasih
Details Published on Friday, 28 August 2015 16:32

.

Satu laporan polis yang didakwa dibuat oleh Han Wong iaitu bekas teman lelaki Tasha Shilla telah tersebar yang mendedahkan pelakon wanita itu telah menyerang pemuda berkenaan di sebuah kelab.

Laporan polis yang tersebar selepas ia dimuat naik pemilik Instagram yang dipercayai teman wanita baru Han antara lain mendakwa, Han telah ditampar oleh Tasha di sebuah kelab hiburan di Jalan Ampang dekat sini awal pagi Jumaat.

Laporan itu yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi dekat sini turut menyebut, kejadian berpunca daripada salah faham antara Han dan Tasha.

Han dalam laporan itu mendakwa ketika mendekati Tasha di kelab yang sama untuk bersalaman dengannya, Tasha tidak mengendahkan dia tetapi datang ke mejanya lalu menampar dan menedang dia.

Menerusi laporan itu juga turut menyebut Han tidak bertindak balas kerana Tasha dikatakan berada dalam pengaruh arak.

Laporan polis itu juga menyatakan orang ramai telah membantu untuk mengelakkan kejadian lebih besar termasuklah menyimbah muka Tasha dengan air dan pengawal keselamatan menghalaunya keluar.

Selepas kejadian, Han dalam laporan itu mendakwa lebih 30 hingga 40 orang datang menyerangnya dan teman.

Selain laporan polis itu, pemilik Instagram yang menggunakan nama Carmen Emirda turut memuat naik gambar Han di balai polis selain beberapa status yang menuduh Tasha menganggu percintaan mereka.

Sebelum ini hubungan Tasha atau nama sebenarnya Natasha Sheila Abd. Razak, 28, dan Han sudahpun goyang selepas dipercayai terdapat pihak yang cuba mengganggu hubungan mereka itu.


sumber : mStar online



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Seri kembangan viewed 'Malaysia bebas daripada penyakit antraks - DVS | B' 4 hrs 44 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Search results for Syed Yazid presiden' 4 hrs 50 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Meet Imraz Ikhbal The Man Behind The Series of "My' 5 hrs 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL' 5 hrs 46 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kenderaan rasmi pejabat Ahli Parlimen Sri Gading d' 5 hrs 55 mins ago
A visitor from Puchong batu dua belas viewed 'Kenderaan rasmi pejabat Ahli Parlimen Sri Gading d' 6 hrs 10 mins ago
A visitor from Cyberjaya viewed 'Di mana Jho Low? Hanya 25 in' 6 hrs 14 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 6 hrs 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ketua Cabang PKR JB Tuntut Rafizi Mohon Maaf | BES' 7 hrs 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pelik! Kontrak Azam Baki Disambung Kali Ketiga-Tua' 7 hrs 26 mins ago