Abby Abadi Kembali Bergelar Isteri Buat Kali ke-3
Kredit foto Hlive
Bekas anggota kumpulan Elite, Abby Abadi atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan, 38, akhirnya selamat bergelar isteri kepada seorang duda, Mohd Faizal Zakaria, 41. Abby dan Faizal dinikahkan di Masjid As-Sobirin, AU5 Keramat, Kuala Lumpur pada jam 3.30 petang sebentar tadi dengan sekali lafaz.
Berwalikan bapa Abby, Abdul Manan Tadin, pasangan mempelai dinikahkan oleh Osman Daud, wakil wali kepada bapa Abby dengan mas kahwin sebanyak RM300. Manis mengenakan busana sedondon berwarna coklat peach, majlis tersebut turut dihadiri oleh dua orang anggota kumpulan Elite, Azza dan Sasha Saidin.
Mengimbas detik perkenalan Abby dan Faizal, mereka mula berkawan pada tahun 2013. Abby mula rapat dengan jejaka yang bergelar wartawan itu pada Disember 2014 atas urusan kerja.
Ini merupakan perkahwinan yang ketiga buat Abby. Pelakon drama bersiri Gerak Khas ini pernah berkahwin dengan Norman Hakim pada 2002 dan bercerai pada 2008.
Hasil perkahwinan Abby dan Norman, mereka dikurniakan dengan tiga orang anak iaitu Mohamad Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.
Selepas itu, Abby pernah bernikah dengan Mohd Noor Farhan Che Bakar, 25, pada Julai 2013 dan bercerai pada Jun tahun lalu.
sumber : Hlive, murai.com.my