Translate

14 March 2015

Kepala Rabak Dibelasah Penyamun




Kota Tinggi – Seorang tenaga pengajar sekolah memandu cedera di kepala apabila dipukul dengan sebatang besi oleh dua lelaki yang menyamun pejabatnya di Jalan Tambatan, 3.40 petang semalam.

Mangsa, Yahya Kudin, 64, turut cedera di tangan selepas bergelut dengan penyamun terbabit.

Ketika kejadian, mangsa ada bersama keraninya apabila dua lelaki berbadan kurus tinggi dengan memakai topi keledar bertutup penuh menyerbu masuk.

Kedua lelaki berkenaan kemudiaannya bertindak merentap gelang emas dipakai keraninya sebelum cuba meragut rantainya pula.

Mangsa kemudiannya cuba menghalang tindakan kedua suspek itu sebelum berlaku pergelutan antara mereka.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan. – Harian Metro

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED