Translate

20 March 2015

Aksi gadis Melayu bertudung yang dikatakan sedang menghisap dadah kini tersebar di laman-laman media sosial


Video: Aksi Gadis Sedut ‘Dadah’ Tersebar Di Media Sosial

aksi gadis sedut dadah


Kuala Lumpur – Aksi gadis Melayu bertudung yang dikatakan sedang menghisap dadah kini tersebar di laman-laman media sosial seperti Facebook, Twitter dan sebagainya.

Melalui rakaman video berdurasi tujuh saat itu, gadis yang berusia sekitar 20-an itu bersama seorang lelaki dilihat menyedut sejenis serbuk yang diletakan di atas telefon mudah alih.


Ada juga mengatakan gadis tersebut dikatakan terpengaruh dengan teman lelakinya yang juga merupakan seorang penagih dadah.

Walau bagaimanpun tidak dapat dipastikan bila dan di mana perbuatan tersebut dirakamkan.

SuaraTv juga tidak dapat memastikan sama ada serbuk putih yang digunakan itu merupakan dadah yang dilarang atau sebaliknya.

Sumber agensi Anti Dadah Kebangsaan ketika dihubungi SuaraTV berkata akan meneliti rakaman yang tersebar itu dan melakukan sisatan.

“Sekiranya benar berlaku penyalahgunaan dadah, tindakan boleh diambil berdasarkan peruntukan undang-undang yang disediakan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini turut diminta tampil membuat laporan bagi membantu siasatan yang dijalankan” ujarnya.

Menurutnya ada juga yang mendakwa gadis tersebut telah pun tampil membuat kenyataan berhubung aksi yang dilakukan itu sebelum ini.

“Dia bukan hisap dadah, tapi sedang membuat rawatan resdung, apapun biar kami teliti dan siasat terlebih dahulu.

“Mohon kerjasama semua untuk tidak mengecam beliau sebelum disabitkan dengan dakwaan” ujar sumber yang enggan mendedahkan identitinya itu.

Majoriti pengguna media sosial sebelum ini mengutuk tindakan gadis tersebut.

Selain laman sosial, rakaman itu turut disebarkan melalui aplikasi Whatsapp dan Telegram.

Menurut peruntukan undang-undang mana-mana individu yang didapati bersalah mengambil dadah boleh didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a), Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM5,000 dan pengawasan dua tahun.

Menurut rekod terdapat ramai pelajar peringkat sekolah mahupun pusat pengajian tinggi yang di dapati menggunakan dadah untuk merangsang sistem saraf mereka agar menjadi lebih bertenaga.

Ia dilakukan khususnya ketika menjelang musim peperiksaan bagi membolehkan mereka tidak tidur untuk beberapa hari berturut-turut kononnya untuk menumpukan perhatian semasa mengulangkaji pelajaran.

Namun tanpa mereka sedari penyalahgunaan najis dadah itu boleh membawa masalah kepada kesihatan badan.  antara mengalami perubahan tekanan darah, berpeluh, muntah, kehilangan berat badan, sakit dada, koma dan lain-lain lagi.

Selain itu, dos yang berlebihan juga akan menyebabkan halusinasi, panik dan delusi paranoid.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED