Translate

15 March 2015

Akhirnya pelakon yang menghadapi pelbagai kontroversi Hanez Suraya 30, telah pun selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Romie Razin


Oleh RTKY Staff pada 
14 March 2015, 11:03AM
Tepat jam 11.24 pagi akhirnya pelakon yang menghadapi pelbagai kontroversi sepanjang tahun 2014 Hanez Suraya 30, telah pun selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Romie Razin Adilha Dato’ Abd Jais 35, dengan sekali lafaz bersaksikan oleh Imam Besar Masjid Putra, Putrajaya Ybhg Tuan Haji Abdul Manaf Haji Mat.


Pasangan ini telah selamat dinikahkan oleh bapa Hanez Suraya sendiri iaitu Encik Abdul Aziz Mohd. Said di Masjid Putra, Putrajaya.
Pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan daripada pihak lelaki dengan mas kahwin berjumlah RM 20, 000. Pihak lelaki memberi 7 dulang hantaran, seperti Tepak sirih dan Mas kahwin, Rantai, Al-Quran dan tasbih, set perfume dan alat solek, beg tangan, dan sepasang kasut.
Manakala pihak perempuan, membalas 9 dulang iaitu sirih junjung, Al-Quran/sejadah/tasbih, kek, buah-buahan, set wangian,beg, tali pinggang, baju/seluar dan sepasang kasut.
Sekalung tahniah buat pasangan Hanez Suraya dan suami, Romie kerana telah menjadi pasangan suami isteri yang sah, dan kami di Rotikaya mendoakan agar pasangan ini berkekalan dan dikurniakan cahaya mata yang soleh dan solehah. (rtky/hfz)
Source Rotikaya
Hanez Suraya Sah Bergelar Isteri Kepada Romie Razin Aidilha - ROTIKAYA20150314_1248




Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED