Translate

28 February 2015

Neelofa ‘Berperang’ Komen, Dress Merah AME2015 Digelar ‘Sotong’





Walaupun Anugerah Meletop Era 2015 (AME2015) telah berlangsung hujung minggu lalu di Stadium Putra Bukit Jalil bagaimanapun masih tidak senyap dengan penonton yang dikatakan merungut perjalanan AME2015 hambar. Selain itu ada suara-suara melabelkan ia tak lebih dari sekadar ‘anugerah syok sendiri’.

Sudah dijangka sememangnya Neelofa menjadi tumpuan mana-mana mata dalam majlis tersebut, baik dari segi penampilan mahupun sebagai pengacara majlis.

Mana tidaknya apa bila sebelum ini dengan kisah kostum ‘power ranger merah jambu‘ yang melekap ketat di susuk tubuhnya, begitu juga kostum hijau yang disamakan dengan watak ‘Goku’ dalam siri kartun Dragon Balls.

Namun, kali ini dengan mendapat khidmat pereka Fizi Woo untuk menghasilkan persalinan bagi tahun ini, nampaknya penampilan Neelofa di pentas AME2015 menerima pujian ramai pihak.

Fizo Woo pula menerusi akaun Instagram mengakui, dia menggunakan 50 meter kain jenis Crinoline dan Organza Silk bagi mendapatkan alunan pada pakaian tersebut dan inilah hasilnya.


Bagaimanapun, tidak sunyi dengan dugaan bila mana ada individu dipercayai teman Neelofa sendiri telah menghamburkan kata-kata kurang enak di akaun Instagram mengkritik rekaan tersebut.

Dibandingkan dengan persalinan yang dipakai oleh bintang Hollywood di Majlis Oscars 2015 individu tersebut menulis:

“These are examples of gorgeous couture dress… Oscar 2015. Not that red crazy-ruffled-squid-like frock from last night local award (more like a circus) show… Watching 2 mins of that show hurt my intelligence…”

Bagaimanapun Neelofa tidak berdiam sahaja.

“Coming from a non fashion related person like your goodself, I’ll take this as a pinch of salt. Booooo.”

Macam itulah dan mereka komen-komen perang terus berlanjutan selain disusuli komen-komen yang lain. Itulah dia apabila tidak ada sifat hormat menghormati insan lain. Kenapa nak cari gaduh. Kesian Neelofa. ─ Siakapkeli.com.my


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Delaware viewed 'Arsenal score in 70th, 75th and 92nd minutes to co' 1 hr 28 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Tan Sri who tried to bribe the Sultan of Johor wit' 2 hrs 5 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'Mangsa, A Sukumaran dipercayai diserang dua lelaki' 2 hrs 35 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Menara KL milik kerajaan, hanya ubah pengurusan - ' 2 hrs 47 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Tujuh sekeluarga terperangkap kepala air diselamat' 2 hrs 49 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Polis Tembak Mati Tiga Penjenayah | BEST FBKL' 2 hrs 54 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Pemandu lori terlibat kemalangan di Lebuhraya KLK ' 3 hrs 3 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'A second cousin of the Sultan of Johor was killed ' 3 hrs 27 mins ago
A visitor from Wyoming viewed 'Malaysian Woman who was kidnapped and held hostage' 3 hrs 36 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 3 hrs 46 mins ago