Translate

20 February 2015

Tengku Mahkota Kelantan Ziarah Keluarga & Pusara Nik Aziz




KOTA BAHARU: Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra pada Khamis berkenan menziarahi keluarga bekas menteri besar Kelantan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Pulau Melaka di sini.

Tengku Muhammad Faiz yang berangkat tiba pada kira-kira 5.30 petang, disambut isteri Allahyarham, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, anaknya Nik Mohamad Abduh dan beberapa anggota keluarga yang lain.

Hadir sama bonda saudara Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Datuk Salwani Sultan Yahya Petra.

Baginda yang meluangkan masa kira-kira 20 minit di rumah keluarga Allahyarham Nik Abdul Aziz selepas itu menziarahi pusara arwah.

Allahyarham Nik Abdul Aziz, 84, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Chempaka, meninggal dunia 12 Februari lepas akibat kanser prostat. - mStar Online

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kes rogol, sumbang mahram di Kelantan meningkat | ' 6 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL' 26 mins ago
A visitor from Perm viewed 'Pemandu Kereta Yang Menyebabkan Penunggang Motosik' 39 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Imigresen serbu Hentian Kajang, tahan 288 pendatan' 1 hr 11 mins ago
A visitor from Miami viewed 'Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS selepas ' 2 hrs 3 mins ago
A visitor from Miami viewed 'Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS selepas ' 2 hrs 3 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Orang ramai dijemput hadir Sambutan Aidilfitri MAD' 2 hrs 4 mins ago
A visitor from Miami viewed 'Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS selepas ' 2 hrs 4 mins ago
A visitor from Miami viewed 'Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS selepas ' 2 hrs 4 mins ago
A visitor from Miami viewed 'Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS selepas ' 2 hrs 5 mins ago